Cara Terbaru Tangkap Ikan Paling Senang Menggunakan Arak (Beer Anchor)


Ada banyak cara menangkap ikan secara tradisional mahupun moden seperti menggunakan pukat, rambat, bubu, pancing, perangkap DIY dari botol, senapang ikan buatan sendiri, dan tuba iaitu sejenis kayu yang beracun dan boleh menyebabkan ikan pening-pening apabila tercium racunnya.

Kesemua kaedah diatas sudah pernah saya lakukan kecuali menuba ikan. Inilah antara hobi kegemaran saya sejak kecil iaitu menangkap ikan, seronok kan bila dapat tangkap ikan hasil titik peluh sendiri. Balik rumah tidak perlu beli lauk. Jimat duit beli ikan kat pasar. Dapat makan ikan fresh lagi.

Terbaru, viral di laman sosial tentang sebuah video bagaimana cara menangkap ikan menggunakan air Beer, iaitu sejenis minuman keras yang boleh memabukkan. Tidak diketahui dimana lokasi video ini tapi ianya sangat kreatif, tak sangka ikan pun boleh mabuk haha...

Korang tengoklah sendiri gambar dan video di bawah ni...




Sila tonton video @Mediahit di bawah



Ada yang pernah cuba cara ni? rasanya ikan tu akan pening sekejap dan sedar balik lepas beberapa minit. Cara ni boleh dilakukan di kawasan lopak atau bekas sawah padi yang ada banyak ikan. Lubangkan tanah dan tuang air Beer ke dalam, tunggu beberapa minit, ikan-ikan akan keluar dari lubang kerana terminum dengan arak. Bijak kan tapi kesian pula tengok ikan tu mabuk hehe...

Ada sebarang komen mengenai video diatas? sila kongsikan melalui ruangan komen dibawah.

Terima kasih sudi singgah, jangan lupa like page PSP yer...
Cara Terbaru Tangkap Ikan Paling Senang Menggunakan Arak (Beer Anchor) Cara Terbaru Tangkap Ikan Paling Senang Menggunakan Arak (Beer Anchor) Reviewed by Donny Ien on 00:22 Rating: 5

No comments