Geramnyer! Tengoklah Sawi Akak Ni Gebu-gebu! Begini Cara Menanam Sayur Tanpa Menggunakan Tanah (Hidroponik)


Hidroponik ialah sebuah konsep bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah sebaliknya menggunakan cecair yang disokong sepenuhnya oleh baja yang selalunya dipanggil baja AB dalam bentuk larutan. Di Malaysia sistem ini bermula aktif sekitar tahun 2016.

Kelebihan kaedah ini ialah pengeluaran hasil lebih tinggi, sayuran yang ditanam seragam kerana bahan nutrien yang diberikan seragam, serangga bawaan tanah dapat dielakkan serta tidak memerlukan kos merumpai dan membajak tanah.

Bagi anda yang berminat menanam sayur tapi tidak mempunyai tanah yang luas, kaedah hidroponik adalah pilihan yang paling tepat. Anda boleh ikut cara-cara yang saya kongsikan dibawah.


Alat-alat yang diperlukan
1. Rockwool
2. Gergaji besi
3. Sprayer
4. Benih sawi
5. lidi atau pencungkil gigi


Potong Rockwool setebal 2-3 cm menggunakan gergaji besi


Rockwool dipotong menjadi 18 bahagian


Lubang setiap Rockwool tadi dengan menggunakan lidi atau pencungkil gigi


Masukkan benih sawi kedalam lubang


Spray Rockwool setiap hari supaya sentiasa lembab dan tidak kering


Letakkan dibawah matahari


Selepas 6 hari benih sawi mula bercambah


Selepas 10 hari, sayur sawi perlu dipindahkan ke dalam net pot hidroponik, boleh beli di kedai pertanian atau secara online, harga murah je...


Selepas 16 hari sawi semakin membesar, kepekatan baja yang digunakan dinaikkan kepada 1:000 ppm (Part per million)


Selepas 24 hari, kepekatan nutrisi dinaikkan lagi menjadi 1.200 ppm


Sayur sawi selepas 30 hari


Sedia untuk di masak. Nak goreng dengan telur pun sedap! yummy!

Sila tonton video di bawah dengan lebih jelas, kredit vid Hidroponikpedia



Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page kami dan follow fb Donny bin Ien / ig @donnyien
Geramnyer! Tengoklah Sawi Akak Ni Gebu-gebu! Begini Cara Menanam Sayur Tanpa Menggunakan Tanah (Hidroponik) Geramnyer! Tengoklah Sawi Akak Ni Gebu-gebu! Begini Cara Menanam Sayur Tanpa Menggunakan Tanah (Hidroponik) Reviewed by Donny Ien on 21:50 Rating: 5

No comments