Keperluan Durian Varieti Berbeza Untuk Buah “Lekat”


Keperluan Durian Varieti Berbeza Untuk Buah “Lekat”
(Updated version dengan hasil kajian pada Musang King)

Bagi penanam durian perasaan gembira pasti akan timbul bila pokok durian mula mengeluarkan bunga apabila tiba musim berbunga namun perasaan itu mula bertukar kepada harapan supaya bunga durian yang banyak itu akan berjaya “lekat” menjadi buah , seterusnya matang dan boleh dinikmati atau dijual kepada pelanggan.

Pembetukan buah durian dipegaruhi oleh banyak faktor seperti pendebungaan, suhu, tahap kesuburan pokok, kesuburan tanah.

Tanpa menafikan faktor-faktor lain, artikel kali ini membincangkan tentang pengaruh pendebungaan dari pokok durian varieti lain kepada pembentukan buah hasil kajian ilmiah beberapa kumpulan penyelidik dari beberapa buah negara.

Adakah wujud kesan?

Apa kesan kepada pembentukan buah?

Jika ada, ciri apa yang akan berubah?

Beberapa rujukan telah mengelaskan durian mempunyai masalah ketakserasian sendiri (self incompatiblity). Ini bermakna debunga dari varieti yang sama tidak serasi dengan bunga betina dari varieti yang sama. Keadaan ini menyebabkan pembentukan buah rendah pada tanaman durian.

Hasil beberapa kajian membuktikan varieti durian yang dikaji tak boleh menghasilkan buah tanpa pendebungaan.

Di Malaysia hasil kajian pada varieti Bukit Merah (D24) menunjukkan kacukan silang berbantu dari debunga lain berjaya membentuk buah 54-60% berbanding pendebungaan sendiri yang kurang dari 5% dari jumlah bunga yg dikaji.

Beberapa kajian juga pada varieti Mon Thong dan Chanee menunjukkan bukti ketidakserasian sendiri dan dikatakan pembentukan buah yang rendah pada pendebungaan sendiri ini adalah disebabkan kegagalan pembentukan biji (persenyawaan embrio gagal). Menariknya, varieti Kradumthong tidak menunjukkan masalah ketidakserasian sendiri.

Pada durian, bentuk buah adalah dipengaruhi oleh kehadiran biji di dalamnya. Durian Mon Thong (Bantal Mas) yang terbunga sendiri menghasilkan bentuk buah yang tidak sempurna manakala yang didebunga dengan debunga Chanee menghasilkan bentuk buah Mon Thong yang lebih baik.

Kajian masalah ini pada Musang King/Raja Kunyit (D197) oleh Muhammad Afiq et al. (2018) menunjukkan pokok gagal menghasilkan buah dengan pendebungaan sendiri (0%), manakala debunga dari D24 menghasilkan 38% manakala D99 mencapai 41%. (rujuk gambar ke-3, graf). Pengkaji mengelaskan Musang King mengalami masalah ketakserasian sendiri sepenuhnya yang mana dalam kajian ini menunjukkan perlu kepada debunga D24 atau D99 untuk menghasilkan buah.

Kesemua kumpulan pengkaji bersetuju bahawa kacuk silang debunga berlainan varieti menghasilkan lebih banyak buah “lekat”.

Ciri apa yang terkesan?

Laporan dari kajian menunjukkan hasil yang berbeza-beza malah ada yang melaporkan tiada pengaruh ketara pada ciri buah hasil kacuk silang. Dalam erti kata lain tiada kesan metaxenia pada durian.

Walaubagaimanapun semua bersetuju buah hasil pendebungaan sendiri menghasilkan buah bersaiz lebih kecil dan bentuk yang tidak sempurna.

Boleh disimpulkan ciri-ciri ini hanya dipengaruhi oleh induk betina. Maksudnya, tiada kesan pada ciri berikut jika berlaku kacuk silang dari varieti lain:

1. Warna isi
2. Rasa (termasuk tahap kemanisan)
3. Perisa
4. Bentuk asas buah
5. Panjang duri

Sekian artikel petang ini, semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan.




Line kuning (Musang King) bertindih dengan yang biru (open pollination), cuma pada minggu ke-2 tu nampak tak bertindih.


Kredit: Hisham Rahim, Pegawai Pertanian Malaysia
Keperluan Durian Varieti Berbeza Untuk Buah “Lekat” Keperluan Durian Varieti Berbeza Untuk Buah “Lekat” Reviewed by Donny Ien on 13:19 Rating: 5

No comments