Petua Bercucuk Tanam Mengikut Kalender Islam Yang Perlu Anda Ketahui


Islam menitikberatkan kepentingan bidang pertanian pada umatnya yang banyak tertulis dalam al-Quran mengenai hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai.

Seseorang itu dapat mendekatkan diri dengan Allah menerusi kegiatan pertanian kerana dapat melihat dan memahami dengan jelas proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman.

Kerja-kerja bercucuk tanam lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya.

Antara dalil,hadis dan ayat al-Quran yang berkatakan mengenai pertanian:

Seperti disebut dalam riwayat Imam Muslim;

“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu manusia, binatang, dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga  hari kiamat’

Bercucuk-tanam adalah hasil usaha dari tangan sendiri. Dalam Shahih Al-Bukhari dari Miqdam bin Ma’dikariba radhiyallahu’anhu dari Nabi saw, Beliau bersabda:

“Tidaklah seorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil usaha tangannya, dan adalah Nabi Dawud ‘alaihi salam makan dari hasil tangannya sendiri”.

SEDIKIT PETUA BERCUCUK TANAM  YANG DIKONGSIKAN OLEH TOK BATIN MENYUMPIT

Hari mengikut kalender Islam

Haribulan 1, 11 dan 21 : Hari Akar - tanaman yang sesuai di tanam ialah yang mengeluarkan ubi seperti keladi, ubi kayu, keledek dan sebagainya

Haribulan 2, 12 dan 22 : Hari Batang - seperti serai, tebu, dan sebagainya

Haribulan 3,13 dan 23 : Hari Daun - seperti sawi, kangkung, bayam, pucuk manis dan sebagainya

Haribulan 4, 14 dan 24 : Hari bunga - seperti orkid, bunga kertas, kemboja dan sebagainya

Haribulan 5, 15, 25 : Hari buah - seperti mangga, kelapa, durian, jambu, nenas dan sebagainya

Namun penjagaan tanaman juga perlu dilakukan seperti biasa termasuk membaja dan kawalan penyakit, jangan la tanam dan tinggal macam gitu ja, orang pun boleh mati. Betul tak?

Contohnya: Hari ini 2 hb Januari 2009 bersamaan dengan 5 Muharram 1430 Hijrah Maka, tanaman yang sesuai untuk di tanam ialah tanam buah buahan seperti durian, kelapa dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.


Jangan lupa share dan like page PSP untuk dapatkan banyak lagi informasi menarik. Sekian.

Petua Bercucuk Tanam Mengikut Kalender Islam Yang Perlu Anda Ketahui Petua Bercucuk Tanam Mengikut Kalender Islam Yang Perlu Anda Ketahui Reviewed by Donny Ien on 08:34 Rating: 5

No comments