Cara Paling Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Yang Bersepah Di Rumah. Begini Caranya...


Cicak merupakan haiwan kecil yang biasanya tinggal di sekitar rumah terutama di bahagian siling atau dinding rumah.

Masalah utama pada cicak ini ialah tahinya yang bersepah di merata tempat dan terpaksa dicuci setiap hari. Letih kan?

Ada banyak cara untuk menghalau cicak yang berkeliaran ni termasuklah petua yang saya tulis sebelum ini iaitu dengan menggunakan campuran cuka makan dan sabun dan sebagainya.

Namun petua yang dikongsi oleh Ct Affaziah di laman sosialnya agak lain dari yang lain iaitu dengan  hanya menggunakan Sellotape je. Jom baca perkongsiannya.

"Saya nak share tips mudah dan amat murah untuk mengatasi masalah cicak dirumah. Gambar di bawah ini adalah rumah kampung saya yang ditingalkan hampir 3 minggu. Untuk kali pertama buat jumlah cicak yang saya tangkap ialah 54 ekor!

Caranya ialah...

1. Cuma perlu gunting Sellotape, xkisah berapa panjang pun ok. Korang tampal merata tempat terutama laluan cicak berkenaan.

2. Tampal hujung Sellotape je pastu terbalikkan yang ada gam tu baahgian atas cuma hujung dengan hujung je tampal pada lantai…boleh fahamkan..😊

Korang boleh lihat sendiri gambar dibawah hasil yang amat menakjubkan!






Selamat mencuba! semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan share terima kasih.

Cara Paling Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Yang Bersepah Di Rumah. Begini Caranya... Cara Paling Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Yang Bersepah Di Rumah. Begini Caranya... Reviewed by Donny Ien on 12:18 Rating: 5

No comments