Keperluan Air Adakah Kritikal Bagi Durian



Keperluan Air Adakah Kritikal Bagi Durian

Durian memerlukan masa kering antara 10-14 hari bagi mewujudkan stress pada pokok seterusnya merangsang pengeluaran bunga.

Dari ketika muncul tunas bunga, sekitar 7 minggu barulah bunga akan kembang dan sedia untuk proses pendebungaan. Dalam waktu seminggu sebelum pendebungaan air hanya diperlukan 25% dari kadar biasa.

Waktu pendebungaan efektif hanya dalam masa 12 jam sahaja. Keesokan paginya, bunga akan gugur dan meninggalkan bahagian pistilnya sahaja. Bunga yang gagal tersenyawa juga akan jatuh.

Selepas 3-4 minggu selepas anthesis (pengeluaran debunga jantan) air perlu diberikan secukupnya bagi memastikan perkembangan buah. Jika tidak buah muda akan gugur.

Bagi dusun tradisi yang tidak mempunyai sistem pengairan yang mana hanya bergantung kepada cuaca, jumlah hasil sangat dipengaruhi oleh faktor ini. Keadaan cuaca panas yang berlarutan sehingga ke bulan Mei akan memberi kesan kepada penghasilan buah durian.

Inilah juga sebab kejatuhan hasil durian yang teruk pada tahun 2016 dan 2017 lalu kerana kita perlu sedar durian adalah buah bermusim yang mana faktor cuaca akan memberi kesan langsung yang besar.

Sekian info ringkas tengahari ini tentang durian. Semoga bermanfaat.

T.K. Hoe and S. Palaniappan (2013)

gambar dari durianinfo.blogspot.com

Kredit: Hisham Rahim, Pegawai Pertanian Malaysia
Keperluan Air Adakah Kritikal Bagi Durian Keperluan Air Adakah Kritikal Bagi Durian Reviewed by Donny Ien on 13:01 Rating: 5

No comments