Petua Merawat Darah Pekat Secara Semulajadi Dengan Asam Gelugor


Semalam sebaik sahaja saya dan suami keluar dari kawasan perumahan kami sempat singgah di Bukit Besi, Dungun. Kami lepak dan menikmati moreh di kawasan tersebut. Secara kebetulan bertemu dengan seorang kenalan lama suami saya yang di panggil Pak Din.

Kami duduk minum air semeja. Selepas beberapa ketika bercerita, rupanya Pakdin ni merupakan Pengamal Perubatan Alternatif. Wah...ini menarik lagi minat saya untuk bersembang lagi lama.

Pak Din ada 4 orang anak. 3 perempuan 1 orang lelaki. Kesemua anak anaknya berjaya. Menjadi pengurus besar di Petronas dan menjadi Pilot juga doktor. Alhamdulillah.

Saya bertanya kepada PakDin, "Pak Din , anak Pak Din yang menjadi doktor itu macamana ? Dia menyokong tak perubatan alternatif ini?"

Jawab Pak Din " Ya mestilah. Anak saya yang itu banyak merujuk kepada saya"

Wah...hebatnya! Saya kagum dengan PakDin. Bila saya bercakap dengan PakDin ini mengingatkan saya kepada Tok Guru saya dalam Perubatan Melayu iaitu Dr. Abdul Ghani bin Husain. Bila Pak Din menyebut bilangan jenis pokok pokok herba dan prinsip perubatan ini yang sama seperti saya pelajari. Bila bercakap mengenai jantung bagaikan saya bercakap dengan seorang doktor.

Pak Din seorang yang sangat merendah diri dan beliau sempat memberitahu saya antara penyakit yang beliau rawat ialah sakit kanser, jantung, dan juga strok. Jangan terkejut PakDin ini sudah keluar merawat ramai pesakit hingga keluar negara.

Sempat beliau memberi saya satu petua untuk merawat penyakit darah pekat yang merupakan salah satu punca masalah kepada penyakit penyakit kronik.

Caranya :

Ambil sekeping asam gelugor. Di basuh bersih dan masukkan ke dalam segelas air panas. Kemudian di tutup dan dibiarkan selama 2 jam. Baru diminum airnya apabila sejuk.


Asam keping yang digunakan tadi ambik di simpan dalam peti dan esoknya boleh digunakan lagi. 1 keping boleh diguna pakai sebanyak 3 kali selama 3hari.
.
Minum setiap hari berturut turut sehingga selesai masalah yang di hadapi. Selepas itu cuba check di klinik atau hospital samaada ada perubahan atau tidak!

Sambil PakDin tersenyum....

Alhamdulillah, terima kasih banyak Pak Din kerana berkongsi ilmu. Sebenarnya banyak lagi yang di kongsikan. Ada kelapangan masa saya akan kongsikan lagi ya.

Ditulis oleh Suzy Honey melalui laman sosialnya dan diolah semula.

Semoga bermanfaat kepada semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan.


Petua Merawat Darah Pekat Secara Semulajadi Dengan Asam Gelugor Petua Merawat Darah Pekat Secara Semulajadi Dengan Asam Gelugor Reviewed by Donny Ien on 20:32 Rating: 5

No comments