Cara Tanam Epal Kerdil Melalui Biji Dalam Pasu Berbuah Lebat Dan Subur
Buah Epal merupakan tanaman yang tumbuh subur di kawasan beriklim sejuk seperti new zealand, australia, us dan sebagainya.
Di Malaysia, epal hanya tumbuh di beberapa kawasan seperti di Bakelalan Sarawak. Area ini berhampiran dengan negara Brunei dan tidak jauh dari sempadan Sabah.
Kawasan lain tidak pasti dimana, tapi tidak mustahil dengan adanya teknologi moden sekarang, epal mampu tumbuh dan berbuah di Malaysia pada masa akan datang.
Contoh lain ialah, buah anggur yang tumbuh dan berbuah subur di Malaysia. Sudah ramai petani menanam anggur untuk kegunaan sendiri dan komersial.
Artikel petang ini saya kongsikan cara menanam epal dari biji, sesuai dipraktikan oleh sesiapa sahaja yang berminat mencuba tanaman ini. Siapa tahu pokok epal mampu tumbuh di kawasan anda.
Mula-mula potong buah epal yang dibeli di kedai atau pasaraya, ambil bijinya untuk disemai
Letak biji epal dalam tisu yang dibasahkan dan lipat
Masukkan dalam plastik kedap udara selama beberapa minggu
Setelah beberapa minggu, tunas kelihatan mula keluar
Mula semai biji ke dalam bekas gelas minuman dengan menggunakan tanah hitam dan sekam bakar
Selepas itu, masukkan ke dalam plastik kedap udara selama 13 hari
Gambar bawah, pucuk baru mula keluar
Selepas 20 hari, daun mula bercambah
Selepas daun mula naik, pindahkan benih ke bekas botol satu persatu menggunakan cocopeat dan sekam bakar
Selepas 2 bulan anda boleh pindahkan ke polybag sebelum ditanam pasu atau ke tanah. Sirams etiap hari dan letakkan baja subur setiap 3 bulan dan pruning pokok jika terlalu tinggi.
Tonton video di bawah dengan lebih jelas.
Selamat mencuba!
Cara Tanam Epal Kerdil Melalui Biji Dalam Pasu Berbuah Lebat Dan Subur
Reviewed by Donny Ien
on
13:16
Rating:
No comments