Cara Mudah Untuk Dapatkan Benih Betik Betina. 99% Pokok Dijamin Menjadi Dan Berbuah


Pokok betik biasanya boleh dibahagikan kepada dua jantina pokok. Pokok jantan dan pokok betina. Macam manusia ada lelaki dan perempuan. Tidak termasuk pondan dan yang lain-lain haha!

Pokok jantan hanya akan mengeluarkan bunga. Ia tidak mengeluarkan buah. Selalunya bunga yang keluar dari pokok betik jantan boleh di rebus untuk dijadikan sayur dan ulam-ulaman. 

Menurut kajian bunga betik jantan mampu merendahkan penyakit kencing manis, darah tinggi, hilangkan rasa sakit kepala/ migrain, menambah selera makan, melegakan gastrik, baik untuk penghadaman, awet muda jika rajin makan, sebab pahit pahit ubat kan, melegakan pesakit yang terkena virus denggi dan menambah kepekatan susu ibu.

Manakala, pokok betik betina akan mengeluarkan buah. Buah betik secara amnya amat baik untuk kesihatan serta kaya dengan banyak vitamin. Jika anda mengalami masalah membuang air besar atau simbelit, amalkan memakan buah betik setiap hari untuk mengelakkan masalah ini.

Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana menghasilkan benih betik betina yang dijamin berkesan dan 99% berbuah.

Ramai yang tidak tahu, secara amnya, buat betik ini di bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian tengah buah betik ini mempunyai benih pokok betina yang tinggi +- 90%. Sekiranya ingin meningkat kadar peratusan pokok yang ditanam 99% berbuah, semai benih tersebut dan setelah besar sedikit, cabut pokoknya dan lihat akar tunjangnya. Sekiranya akar tunjang itu tegak kebawah, ia pokok jantan. Jika ia berbulu dan akar tunjangnya bengkok sedikit ia adalah pokok betina. 

Anda boleh lihat artikel saya sebelum ini mengenai cara mengenal betik jantan dan betina melalui akar tunjang.


Belah betik kepada 3 bahagian, ambil biji di bahagian tengah untuk disemai





Semai dalam tapak semaian sebelum dipindahkan kedalam polybag atau botol semaian


Selamat mencuba! semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Jangan lupa like page Pertanian satu perniagaan dan follow fb saya Donny Bin Ien.
Cara Mudah Untuk Dapatkan Benih Betik Betina. 99% Pokok Dijamin Menjadi Dan Berbuah Cara Mudah Untuk Dapatkan Benih Betik Betina. 99% Pokok Dijamin Menjadi Dan Berbuah Reviewed by Donny Ien on 12:20 Rating: 5

No comments