Membantu Menyegarkan badan, Begini Teknik Ambil Air Nira Dari Mayang Kelapa Atau Nyiur
Tahukah anda nira dari kelapa dipercayai mempunyai banyak khasiat dan zat yang bermanfaat untuk mengatasi masalah pembuluh darah yang berhungan langsung dengan jantung, melancarkan fungsi ginjal, menjaga kekuatan gigi, tulang dan otot, membantu sistem metabolisme tubuh dan saraf serta menjaga kekebalan tubuh.
Namun tidak ramai yang tahu bagaimana nira kelapa terhasil. Berikut adalah teknik mengambil air nira dari mayang kelapa atau NYIUR, yang dikongsikan oleh Nazuan Nawi melalui group Kebun Kampung.
Cara-cara;
-Ikat mayang (ada banyak cara ikatan)
-kemudian paut (tarik) bagi turun lebih kurang 45 darjah.
-belah sedikit bahgian bawah mayang bagi memudahkan proses paut (tarik)
-kemudian ikat mayang pada pelepah bahagian bawah
-sediakan laru (biasanya kayu cengal yang telah dipotong halus) masukkan dalam botol tadahan.
-seterusnya sadat (potong mayang) dan tadah meggunakan tukir ( botol). Tiap kali ambil air nira, mayang perlu di sadat (potong) sedikit sahaja .
.
.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Sekian saja artikel petang ini. Jangan lupa like page PSP. Sebarang pertanyaan boleh tanya Nazuan Nawi dengan lebih lanjut.
Membantu Menyegarkan badan, Begini Teknik Ambil Air Nira Dari Mayang Kelapa Atau Nyiur
Reviewed by Donny Ien
on
14:03
Rating:
No comments