Cara Mengatasi Masalah Penyakit Hawar Daun Pada Pokok Durian, Ikuti Langkah Ini


Korang perasan tak tiba-tiba daun pokok durian yang masih dalam polybag mahupun yang baru ditanam di tanah diserang penyakit, iaitu menjadi kekuningan atau seperti terbakar (lihat gambar diatas sebagai contoh).

Ia sebenarnya adalah seranggan penyakit hawar daun, serangga tidak boleh nampak dengan mata kasar, dan yang paling teruk ialah ia merebak pada pokok yang lain dengan begitu pantas.

Tidak sampai tiga hari, kesemua pokok akan menjadi kering secara tiba-tiba. Ini pengalaman saya dulu sewaktu masih noob tentang penyakit hawar daun ni.

Jangan panik, ikuti langkah keselamatan dan rawatan dibawah ini, yang dikongsikan oleh cikgu Ramli Pt Flora.

JIKA SUDAH DISERANG HAWAR DAUN, LANGKAH PENGAWALAN YANG CIKGU LAKUKAN:

1. Dapatkan racun kulat yang berkualiti. Tidak kira apa jenis, kalau pergi kedai ada banyak jenis, tanya penjual racun untuk hawar daun pokok durian. 

2. Kadar bancuhan biar pekat/tua

3. Sembur sehingga lencun dan mengena semua atau menyeluruh (daun, ranting, batang, dan tanah).

4. Jika hujan atau siraman yang lama, sembur semula.

5. Buat pemerhatian setiap pagi dan ulangi semburan jika perlu.

6. Jika pokok penanti yang baru, mesti sembur setiap hari, kerana pokok ini mengeluarkan daun baru dengan cepat.

7. Seboleh-bolehnya asingkan pokok yang sudah dijangkiti penyakit hawar daun.

Sekian artikel ringkas petang ini, semoga bermanfaat. Jangan lupa share.




Cara Mengatasi Masalah Penyakit Hawar Daun Pada Pokok Durian, Ikuti Langkah Ini Cara Mengatasi Masalah Penyakit Hawar Daun Pada Pokok Durian, Ikuti Langkah Ini Reviewed by Donny Ien on 13:24 Rating: 5

No comments