Cara Buat Racun Serangga Organik Daripada Air Tembakau Untuk Hapuskan Perosak Tanaman


Ada pembaca bertanya, boleh tak buat racun serangga menggunakan air rendaman tembakau?  Katanya, bapanya pernah menggunakan ramuan tersebut di masa dahulu.

Ini jawapan saya. Ya boleh, air tembakau adalah racun serangga yang amat kuat yang mampu membunuh hampir semua jenis serangga perosak tanaman.

Walaupun racun tersebut boleh dikira sebagai racun organik, ia amat berbahaya.  Sekiranya anda gunakan juga racun serangga yang dibuat daripada air tembakau, sayur atau buah yang disembur hanya selamat dimakan sekurang-kurangnya 2 bulan selepas disembur.

Kalau tidak silap ada negara yang mengharamkan penggunaan racun serangga yang dibuat daripada air tembakau.

Jadi seeloknya jangan gunakan racun serangga daripada air tembakau melebihi dos yang sepatutnya.
Berikut adalah cara membuat racun serangga daripada air tembakau.

Bahan-bahan:

250 Gram tembakau jawa
5 liter air

Cara Penyediaan

Rebus air sehingga mendidih, masukkan tembakau ke dalam air panas, rendam tembakau selama 1 hari kemudian tapis.

Cara Penggunaan

Masukkan 200ml air tembakau ke dalam tong penyembur 20 liter air dan sembur pada tanaman yang diserang serangga perosak.

Selamat mencuba! jangan lupa share jika artikel ini bermanfaat.


Cara Buat Racun Serangga Organik Daripada Air Tembakau Untuk Hapuskan Perosak Tanaman Cara Buat Racun Serangga Organik Daripada Air Tembakau Untuk Hapuskan Perosak Tanaman Reviewed by Donny Ien on 14:32 Rating: 5

No comments