Petua Merawat Cirit-Birit Secara Semulajadi Di Rumah, Tak Perlu Jumpa Doktor


Saya terkena cirit-birit awal pagi tadi, lebih kurang jam 2am, jam 4am dan jam 5am sampai tak boleh tidur. Sehingga artikel ini ditulis sekitar jam 05:33 pagi perutku masih memulas-mulas seperti di cucuk. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.


Semua kita pernah cirit-birit. Rasanya makanan yang saya makan dari luar sudah tercemar. Lepas ini perlu berhati-hati dan kebersihan harus diutamakan., cirit-birit ini biasanya akan hilang dengan sendiri selepas beberapa hari.

Ada beberapa petua yang boleh menyembuhkan cirit-birit secara semulajadi hanya dari rumah, saya sendiri sudah pernah mencuba beberapa petua ini dan ianya cukup berkesan. Namun jika ianya berterusan, anda perlulah berjumpa dengan doktor.

PETUA HILANGKAN CIRIT-BIRIT

1. Halia

Hiris beberapa keping halia dan tambah satu sudu teh madu lebah dan makan campuran ini untuk mengeluarkan angin dalam perut serta memulihkan pencernaan. Elakkan minum air selepas makan campuran ini.

2. Pucuk Jambu Batu


Image: Gatariaz.blogspot.com
Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu, cuci dahulu dan masukkan ke dalam gelas dan tuang dengan air panas, tunggu sedikit sejuk baru minum atau anda boleh makan terus daunnya.

3. Ciku muda

Ambil beberapa biji buah ciku muda dan rebus. Minum air rebusan tersebut untuk meredahkan cirit-birit.

4. Air tepung gandum

Caranya ialah rendam tepung dalam air masak. Apabila tepung sudah mendap di bawah, ambil airnya dan minum sementara suam.

5. Kentang

Baru tahu kentang pun boleh merawt cirit-birit. Caranya makan kentang tanpa ditambah perisa dan garam selepas direbus empuk.

6. Teh bunga


Image: Beautynesia.id
Teh bunga mengandungi bahan antispamodic yang memberi kelegaan pada sakit perut akibat cirit-birit. Ia juga mampu mengurangkan keradangan pada usus.

7. Pisang

Pisang mengandungi pektin yang tinggi. Pektin adalah fiber larut air yang boleh meredahkan cirit birit. Makan beberapa pisang sehari sehingga cirit-birit beransur pulih.

8. Nasi putih

Makan sedikit nasi putih tanpa sebaang lauk, kuah atau sayur dan perlahan-lahan tambahkan jumlah nasi yang anda makan apabila sakit semakin sembuh.

9. Air kosong

Cirit birit boleh menyebabkan badan anda menjadi dehidrasi atau kekurangan air. Cuba minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk tingkatkan hidrasi. Anda juga boleh minum sup, air kelapa dan minuman yang tidak mengandungi kafein.

10. Pil Chi Kit Teck Aun


Image: Applebabyhouse
Pil ini menjadi pilihan utama saya kerana ia mudah didapati di mana-mana kedai runcit dan kedai 24-jam. Biasanya, selepas makan, akan rasa lega dalam masa sejaam lebih sahaja. Ia juga tiada kandungan kimia dan 100% berasaskan herba.

Nota tambahan:

Selain dari 10 petua diatas, berikut adalah beberapa cara lain mengatasi masalah cirit-birit yang dikongsikan oleh rakan-rakan di Facebook iaitu:

-Rebus daun pucuk Senduduk dan minum air rebusannya
-Kulit manggis rebus daun dan minum airnya
-Ambil 20 daun buah ajaib dan rebus daun dalam dua gelas dan diminum ketika suam
-Minum kopi O kaw-kaw jangan campur gula
-Makan daun Ulam Raja
-Minum air dari nasi yang sedang mendidih, ambil setengah gelas dan minum ketika suam
-Minum air garam buluh, jangan guna sudu besi
-Minum air kelapa
-Minum 100plus
-Minum air ketum ori

Sekiranya sakit cirit-birit anda berterusan walaupun sudah mengamalkan semua petua diatas, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor. Namun pilihan saya mestilah yang semulajadi kerana bebas bahan kimia dan senang diperolehi.

Semoga bermanfaat. Sila sebarkan kepada semua untuk perkongsian bermanfaat.

Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Bin Ien.
Petua Merawat Cirit-Birit Secara Semulajadi Di Rumah, Tak Perlu Jumpa Doktor Petua Merawat Cirit-Birit Secara Semulajadi Di Rumah, Tak Perlu Jumpa Doktor Reviewed by Donny Ien on 10:06 Rating: 5

No comments