Kaedah Terbaru Cantum Durian Supaya Berbuah 3 Tahun Melalui Teknik Sanding
Sebagai penjual bibit buah-buahan kawin di Sabah, saya banyak membuat cantuman pokok terutama durian kerana permintaannya amat tinggi berbanding bibit lain seperti mangga, jambu, dan sebagainya.
Antara kaedah cantuman durian yang biasa saya lakukan ialah teknik cantuman baji, cantuman mata tunas, cantuman kaki ganda, cantuman dewasa, cantuman selit dan cangkuk susu tapi saya lebih suka buat cantuman baji sebab agak senang berbanding yang lain.
Ada juga yang saya tengok di Youtube buat kaedah 'cutting' pokok durian dengan menyapu hormon penggalak akar pada batang supaya cepat mengeluarkan akar. Biasanya kaedah ini hanya sesuai dibuat pada pokok lemon, jambu air, Pokok Fig, bunga kertas dan sebagainya,
Kotang boleh baca artikel saya sebelum ini mengenai Cara Terbaru Tanam Durian Dari Batang Melalui Kaedah Cutting Menggunakan Hormon Akar.
Tujuan melakukan cantuman pada pokok durian ialah supaya berbuah cepat dan rendah berbanding ditanam dari biji. Biasanya pokok kawin ni berbuah seawal 4 hingga 5 tahun jika cukup penjagaan dan baja yang teratur. Kalau pokok yang ditanam dari biji pula mengambil masa selama 6 hingga 10 tahun untuk berbuah bergantung pada penjagaan kita.
Artikel kali ini saya kongsikan kaedah terbaru menanam durian supaya berbuah cepat dan rendah melalui teknik sanding. Teknik ini sudah biasa dilakukan di Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, cara ini masih kurang di praktikan.
Jangan ingat manusia je boleh disandingkan, pokok pun boleh, begini caranya.
1. Sediakan sepokok bibit durian yang sudah matang lebih kurang 3 hingga 4 kaki tingginya (gambar kiri dalam polybag). Contohnya durian Musang King, Duri Hitam dan sebagainya. Cari pokok penanti (gambar kanan bawah) yang bersaiz lebih besar dari pokok yang kita akan sandingkan. lebih kurang sebesar betis kau pun boleh.
2. Kupas kulit pokok durian penanti menggunakan pisau yang tajam seperti dalam gambar dibawah
3. Kupas juga batang pada pokok yang kita mahu sandingkan seperti gambar di bawah (kanan)
4. Sandingkan kedua-duanya (lihat gambar bawah), pastikan anda buat seperti parit pada tempat cantuman pokok yang kita mahu sandingkan
5. Balut dengan plastik lutsinar (gambar bawah), biasanya ada jual melalui online, taip ja plastik cantuman durian atau korang boleh cari di kedai pertanian
6. Selepas 2 bulan ianya akan melekat dengan sendiri, bolehlah buka plastik cantuman tersebut. Jika kedua-dua pokok betul-betul melekat, anda boleh potong di bahagian atas pada pokok penanti tersebut ( batang besar tu). Biarkan hanya pokok kawin sahaja yang akan membesar menjadi juara nanti. Pastikan siram pokok termasuk yang dalam polybag setiap hari agar tidak kering dan mengelakkan cantuman tidak menjadi.
Teknik ini mampu mempercepatkan pokok durian berbuah dan rendah. Kelebihan cantuman ini berbanding kaedah lain ialah akar pokok penanti lebih kuat dan boleh memberikan makanan yang cukup pada anak durian.
Teknik ini boleh dibuat pada pokok durian yang tidak berkualiti sebagai pokok penanti.
Sila tonton video @ Grafting Tree dibawah dengan lebih jelas,
Selamat mencuba. Jangan lupa like page PSP yer...
Kaedah Terbaru Cantum Durian Supaya Berbuah 3 Tahun Melalui Teknik Sanding
Reviewed by Donny Ien
on
03:11
Rating:
No comments