Selain Enak Dimakan, Buah Bambangan Dipercayai Mampu Melawan Kanser Payudara Wanita


Di Sabah, buah Ini kami panggil buah bambangan. Saiznya macam buah kelapa pandan untuk yang bersaiz besar (kira-kira 2 genggam tangan orang dewasa).

Buah bambangan mempunyai kulit yang tebal dan rasanya manis masam. Baunya seakan-akan buah kuinin dan mempunyai aroma yang sangat kuat. Tekstur isi buah mempunyai serat.

Buah bambangan sesuai dimakan begitu sahaja atau dibuat jeruk. Ada sesetengah orang prefer makan fresh campur asam boi.

Kat kampung saya di Sipitang, jeruk bambangan juga dimakan bersama ambuyat (sagu). Sedap weeehhh!

Kajian Berkaitan Buah Bambangan Sebagai Penawar Kanser

Seorang Saintis di Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) berjaya menemui ekstrak dari biji buah Bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara dengan menghentikan kitaran pertumbuhan sel pada titik tertentu bergantung kepada laluan sel.

Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas sel kanser payudara, didapati kira-kira 15% daripada sel-sel mati dalam masa 24 jam.

Kajian penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa Bambangan dipercayai mampu melawan penyakit kanser.

P/s Sila ambil perhatian kaum hawa, belajarlah makan bambangan untuk menjaga bambangan anda.






Image: Az Azmeerudin







Selain Enak Dimakan, Buah Bambangan Dipercayai Mampu Melawan Kanser Payudara Wanita Selain Enak Dimakan, Buah Bambangan Dipercayai Mampu Melawan Kanser Payudara Wanita Reviewed by Donny Ien on 15:43 Rating: 5

No comments