Cara Untuk Mematikan Racun Santau Dan Sihir Yang Menyebabkan Sakit Kronik Dan Kanser


Santau atau sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kenser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain-lain. Bagaimana cara berkesan untuk mematikan racun santau/sihir tersebut?

Cari kelapa muda, minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tengahari - 1 petang. Minum jangan letak ais batu atau gula (ori). Sebaiknya minum didalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau penyedut air.


Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah Al-Fatihah 1 kali dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3 kali kemudian doa (contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ini sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan-lahan diselangi dengan selawat nabi sehingga selesai.

Jika ditubuh kita mempunyai racun santau/sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. Itulah bisa-bisa santau yang ada di tubuh seseorang yang terkena santau.

Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadikan amalan racun santau/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kenser, ketumbuhan atau sakit-sakit kronik yang lain. Insya Allah.


Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen "izinkan saya untuk beramal". Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Insya Allah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yang ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah yang satu. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan segala penyakit.

--------------------------------------------------------------------------

وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona'uu, innamaa shona'uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa

"Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka telah lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedangkan ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada."(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69)



Sumber:  fb Norazri Medzlan via Irdk Kelantan Info Terkini

Cara Untuk Mematikan Racun Santau Dan Sihir Yang Menyebabkan Sakit Kronik Dan Kanser Cara Untuk Mematikan Racun Santau Dan Sihir Yang Menyebabkan Sakit Kronik Dan Kanser Reviewed by Donny Ien on 09:24 Rating: 5

No comments