Cara Mudah Tanam Tembikai Depan Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Subur


Cara mudah tanam Tembikai depan rumah (Step by step) yang dikongsikan oleh Keas Evox melalui videonya di bawah.

1) Pilih benih dari buah yang matang atau beli benih dari kedai pertanian.

2) Benih dari buah segar mesti berwarna coklat gelap atau hitam. Jangan guna benih yang berwarna putih kerana ia tidak akan tumbuh.

3) Keringkan biji benih tembikai dari buah yang fresh selama beberapa hari di tempat yang panas dan kering tanpa terkena sinaran terus cahaya matahari. Benih dari peket boleh terus ditanam.

4) Semai biji benih diatas tanah semaian dengan campuran pasir dengan kedalaman lebih kurang 1/2 inch. Benih lambat tumbuh jika ditanam terlalu dalam.

5) Tutup tapak semaian dengan daun kelapa atau net hitam sehingga cahaya tidak mengenai medium tanaman. Basahkan medium sekali sekala selama seminggu.

6) Buang daun kelapa apabila benih mula bercambah. Biasanya benih mula tumbuh lebih kurang seminggu.

7) Pindahkan benih ke lubang (lihat video dibawah) selepas mempunyai 4 helai daun. Guna tanah kompos.

8) Pastikan akar benih tembikai tidak putus. Digalakan 2 anak pokok sahaja dalam satu lubang.

9) Wajib siram setiap hari, dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hujan

10) Mulakan pembajaan apabila pokok tembikai mula menjalar lebih kurang 1 bulan keatas

11) Guna baja urea atau baja tinggi yang nilai Nitrogen. Saya cadangkan guna baja organik kerana ia kurang power dan selamat

12) Baja dalam jumlah satu sudu kecil baja urea sehingga dua sudu besar mengikut saiz pokok. Letak baja 3 inch dari pangkal pokok tembikai.

13) Baja pokok seminggu sekali selepas menyiram.

14) Apabila pokok tembikai start mengeluarkan buah, kerapkan menyiram untuk buah cepat membesar.  

15) Masa tebaik menanam terbikai adalah pada musim panas yang tiada hujan.

16) Jangan mengalah jika gagal kali pertama. Cuba lagi hingga berjaya.

17) Sila tinggalkan komen di bawah jika ada soalan. Jangan malu2 jangan segan2

18) Selamat mencuba dan semoga berjaya 😊😊😊😊!



Kredit: Keas Evox
Cara Mudah Tanam Tembikai Depan Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Subur Cara Mudah Tanam Tembikai Depan Rumah Supaya Berbuah Lebat Dan Subur  Reviewed by Donny Ien on 23:10 Rating: 5

No comments