Wanita Ini Kongsi Cara Tanam Pisang Dalam Pasu Berbuah Cepat Dan Rendah

Ramai yang beranggapan pisang tidak sesuai ditanam dalam pasu, namun wanita ini buktikan bahawa pisang boleh di tanam dalam pasu besar sebagai pokok perhiasan yang unik selain buahnya boleh dimakan. Nyum..nyummm... kagaratan ku mangakan punti hutil om berangan!


Bagi anda yang tinggal di ruang yang sempit, bolehlah merasa suasana aman damai ditumbuhi oleh pokok-pokok pisang di keliling rumah anda. Cuma tanam dalam pasu je! 

Selain buahmya yang boleh dimakan, daun pisang juga boleh digunakan sebagai alas makanan dan juga membalut makanan seperti pisang kukus dan sebagainya. Linobok ka dahai!

Pada artikel kali ini, saya kongsikan cara tanam pisang yang super cool hanya dalam pasu ja! boleh alihkan di mana-mana yang engkau suka bila-bila masa. 

Cara-caranya;

1. Sediakan anak benih pisang yang baru tumbuh, lebih kurang 3 kaki, jangan buka anak pisang yang baru keluar dari akar, biarkan ikut sekali dengan benih yang kita ambil, dan juga daunnya tidak perlu di potong. Pastikan letak pasu di tempat yang kurang cahaya matahari selepas tanam supaya tidak layu. 



2. Saiz pasu seeloknya berukuran 70CM lebar dan 56CM tinggi. Selalunya pasu bersaiz besar ini boleh dibeli di kedai nurseri buah-buahan atau hardware. Kalau tidak ada pasu boleh gunakan tong drum dibelah dua.



3. Sediakan beberapa keping blok atau bata dan pecahkan menjadi dua lalu masukkan kedalam pasu sehingga menutup ruang dibawah



4. Cocopeat ni senang ja boleh dapat kan, di kedai nurseri ada jual, buat sendiri pun boleh, saya dah kongsikan cara buat cocopeat di rumah di artikel ini. Basahkan dengan air biasa sehingga rata kemudian gaulkan hingga semua basah.



5. Masukkan cocopeat yang sudah basah tadi ke dalam pasu. Isi sedikit dahulu sebelum masukkan anak benih pisang.


6. Tanam anak pisang tadi ke dalam pasu, pastikan letak di tengah-tengah ya, bukan di siring, kemudian isikan balik cocopeat hingga hampir penuh seperti gambar di bawah


7. Siram lagi dengan air secukupnya


8. Gunakan baja AB untuk makanan anak pokok supaya tumbuh subur dan sihat. Baja AB ini juga boleh dibeli di kedai nurseri atau boleh buat sendiri, korang google ja ada banyak cara buat baja AB ni.


9. Untuk tanaman ini, cukup berikan 2 gayung baja sekali dalam sebulan. Perlu diingat bahawa baja yang berlebihan akan merosakkan struktur cocopeat dan anak pokok pisang. jadi bersederhana la dalam segala hal.



10. Selepas hampir setahun, pokok pisang yang ditanam dalam pasu kini telah mengeluarkan buah yang sihat dan subur!


Selamat mencuba! jangan lupa kongsikan artikel ini di wall facebook anda. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog ini. Sekian dan jumpa lagi pada artikel seterusnya!

Tonton video dibawah untuk mengetahui lebih jelas.



Video by: Rumah Hidroponik Bertha Suranto

Wanita Ini Kongsi Cara Tanam Pisang Dalam Pasu Berbuah Cepat Dan Rendah Wanita Ini Kongsi Cara Tanam Pisang Dalam Pasu Berbuah Cepat Dan Rendah Reviewed by Donny Ien on 16:21 Rating: 5

No comments