Subjek Sains Pertanian Bakal Diajar Semula Di Sekolah - Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani


PONTIAN 30 April - Subjek Sains Pertanian berkemungkinan diajar semula di sekolah rendah dan menengah dalam waktu terdekat, lapor Utusan Online semalam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sudah menyatakan persetujuan beliau terhadap perkara ini.

“Saya sudah berbincang dengan Dr. Maszlee supaya subjek Sains Pertanian diajar semula di semua sekolah dan alhamdulillah beliau amat bersetuju.

“Dengan adanya pengetahuan pelajar dalam bidang pertanian ini bukan sahaja ia boleh dijadikan sebagai karier masa hadapan, tetapi turut meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ini sudah terbukti berkesan di negara-negara maju seperti Amerika dan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Pelancaran My Green Team di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat, di sini semalam iaitu pada 29.04.2019. - UTUSAN ONLINE

Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pendapat ini kerana kita kena pupuk semangat bercucuk tanam mulai dari kecil. Selain itu ia mampu membuka minda pelajar tentang dunia pertanian serta memberi pengetahuan asas dari segi teknologi, sistem, pengurusan dan sebagainya.

Apa pula pendapat anda? kongsikan di ruangan komen. Semoga bermanfaat dan jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan.






Sumber Gambar: Utusan, Malaysiakini, Google

Subjek Sains Pertanian Bakal Diajar Semula Di Sekolah - Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Subjek Sains Pertanian Bakal Diajar Semula Di Sekolah - Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Reviewed by Donny Ien on 08:48 Rating: 5

No comments