Petua Terbaru dari Orang Asli Cara Halau Monyet Yang Menganggu Tanaman


Ramai yang mengeluh kerana tanaman dikebun habis dikerjakan oleh geng monyet liar walaupun macam-macam cara sudah dibuat untuk menghalaunya. Kadang-kadang belum sempat tuai hasil tanaman kita, si monyet sudah sapu habis buahnya. 

Ramai yang cuba petua menghalau monyet seperti meletakkan ubat gegat campur belacan, buat orang2, gel kencing harimau, patung harimau dan sebagainya namun kebanyakannya tidak berkesan langsung.  

Artikel malam ini saya kongsikan petua terbaru halau monyet liar yang dipelajari dari orang asli melalui page Kedai Hardware Murah

"Petua utk elak gangguan monyet...petua dari org asli....

Dia suruh cat tayar motor buat macam ular sawa gantung sekitar ladang....

Alhamdulillah, sy dh try 2 bln...monyet dh tk datang....

#sy guna getah hitam je...Alhamdulillah menjadi...

InsyaAllah".






Suri Noor - "Bagus..idea..jgn ckp monyet, kalau saya tnampak saya y menjerit dulu hehe.."

Siti Lizah - "saye dah guna ular getah mainan, memang monyet takut. Beli yg hitam, yg hijau atau kuning memang tak takut. Dibuat main pulak. Tp kalau nak besar elok beli getah mcm gambar tu.. Idea yg menarik".

Ikhlaskan Hati - "Betul cara ni berjaya,pernah sy dapat tangkap ular sawa sy kurung dalam sangkar monyet2 nampak terus tak datang reban sy"

Pastikan beli getah berwarna hitam kerana warna ini lebih berkesan daripada warna lain. Yang ada masalah gangguan monyet liar, anda mungkin boleh cuba petua yang saya kongsikan ini. Belum cuba belum tahu kan?

Petua lain yang mungkin berkesan, boleh cuba cara-cara yang saya senaraikan dibawah ni.

1. Ubat gegat hancur dan campur dengan belacan
2. Buat orang2
3. Patung harimau
4. Patung monyet digantung terbalik dan di ikat.
5. Gel kencing harimau

Waliyuddin Wali - "Pesan orang muda2, suntik racun serangga abamethin kelas ii dalam buah oren kemudian sajikan tanpa kupas kulit,boleh tgk kera ni menari dan bersorak sebelum tido buat selamanya.racun ni bau kacang memang tak kantoi".

Arsalan Mazlan - "Saya dah buat semua ubat gegat + belacan .clorox .dan mcm2 lg.akhir nya pergi umh org asli .musim buah.kera dan beruk babi x dtg kata nya.senang je bela anjing dlm 4 ekor.yg pinggang ramping.yg gemuk bulu tebal x pyh.penakut.saya bela anjing tiap2 hari dia bawak blk kera.kadang2 je beruk.sekarang durian rambutan dokong dah blh mkn.cuma x thn bela anjing.dia suka sorok selipar.haha."

Selamat mencuba! jangan lupa share informasi berguna ini, semoga bermanfaat untuks semua pembaca blog PSP. Sekian, jumpa lagi pada artikel seterusnya!




Petua Terbaru dari Orang Asli Cara Halau Monyet Yang Menganggu Tanaman Petua Terbaru dari Orang Asli Cara Halau Monyet Yang Menganggu Tanaman Reviewed by Donny Ien on 20:21 Rating: 5

No comments