Cara Buat Tanah Kompos Organik Untuk Suburkan Tanaman Dari Sisa Makanan Di Dapur
Biasanya lepas kita makan, lebihan makanan yang tidak habis akan dibuang kedalam tong sampah atau diberi kepada haiwan peliharaan. Kadang-kadang jika tidak habis dimakan ia akan menjadi busuk. Ini akan mengundang lalat dan serangga masuk ke kawasan rumah serta mendatangkan pelbagai penyakit.
Di negara maju seperti Jepun, mereka amat mengutamakan pengurusan sisa pepejal, malah longkang disana dijadikan kolam untuk menternak ikan. Jauh berbeza di negara kita, parit dijadikan tempat membuang sisa kilang yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Di Malaysia, nilai kesedaran penduduk untuk menjaga alam sekitar masih ditahap rendah, jauh berbeza di negara yang sudah maju. Alangkah baiknya jika semua berganding bahu menjaga alam sekitar, salah satu caranya ialah jangan buang lebihan makanan dalam tong sampah atau dimerata tempat.
Jika anda seorang yang suka berkebun, anda boleh buat tanah kompos organik daripada sisa makanan. Tanah kompos ini amat baik untuk tanaman malah pokok tumbuh dengan subur tanpa sebarang racun kimia.
Artikel kali ini saya kongsikan cara buat tanah kompos dari sisa makanan. Mula-mula korek lubang sedalam 2 kaki.
Saya bawa sisa makanan seperti kulit tembikai, tulang kepala ikan, lebihan nasi dan sayur.
Masukkan semua sisa makanan tadi ke dalam lubang
Ambil daun pisang yang sudah kering, apa2 daun pun boleh, saya guna daun pisang sebagai contoh
Kemudian timbus dengan tanah hingga penuh. Biarkan selama sebulan dan korek balik.
Selamat mencuba! jangan lupa follow fb saya Donny Bin ien dan like page Pertanian satu Perniagaan
Cara Buat Tanah Kompos Organik Untuk Suburkan Tanaman Dari Sisa Makanan Di Dapur
Reviewed by Donny Ien
on
20:10
Rating:
No comments