Kelebihan Tanam Tiga Pokok Sekaligus (Triple Tree Planting Method) Jimatkan Ruang, Lebih Banyak Buah Durian
Triple Tree Planting Method merupakan satu kaedah menanam tiga pokok durian sekaligus yang sudah lama di praktikan di negara jiran iaitu Thailand. Seperti yang kita ketahui, pertanian di Thailand merupakan antara negara termaju di dunia. Di Malaysia masih tidak ramai pekebun yang tahu teknik ini.
Kelebihan menanam tiga pokok sekaligus ini adalah hasilnya lebih banyak dan menjimatkan ruang tanaman, terutama kawasan menanam yang tidak luas. Bayangkan jika kebiasaannya, dalam 1 hektar jumlah pokok yang ditanam cuma sekitar 40-45 pokok. Jika menggunakan kaedah ini, anda boleh menanam hampir 200 pokok.
Bayangkan jika sepokok boleh menghasilkan paling kurang 20 biji semusim x 3 pokok = 60 biji x 200 pokok = 12,000 biji semusim. Jadi katakanlah berat purata sebiji 4kg/biji , 12,000 biji bahagi 4 kg = 3000kg x rm25 = RM75,000! lumayan tak bossku?. Ini cuma anggaran pendapatan sahaja. Belum tolak kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Tidak hairanlah Thailand merupakan antara pengeluar dan pengekspot durian terbesar ke seleuruh dunia. Jika orang Thai boleh buat, kenepa kita tidak boleh? mungkin korang boleh cuba teknik ini untuk mengoptimumkan pengeluaran buah durian. Cari market dan eksport ke luar negara. Orang putih pun dah pandai makan durian sekarang.
Saya sendiri sudah cuba tanam beberapa pokok dengan menggunakan kaedah ini. Kena tunggu 4-5 tahun lagi untuk melihat hasilnya. Tak sabar rasanya tunggu tiga pokok berbuah sekaligus dalam satu tempat.
Korang boleh tengok beberapa keping gambar di bawah yang saya google di Internet dan saya tanam sendiri. Selamat mencuba!
Ini contoh Triple Tree Planting Method yang saya tanam dalam satu tempat iaitu durian Mothong, Duri Hitam dan Musang King. Saya tanam separuh bekas botol terpakai berhampiran akar supaya air senang meresap untuk pokok tumbuh subur.
tanam untuk suka-suka ja bossku, tanah sekangkang kera ja, tanam dekat dengan pokok nenas MD2
Tonton video dibawah dengan lebih jelas
Semoga bermanfaat. Jangan lupa share dan like page official kami TQ.
Kelebihan Tanam Tiga Pokok Sekaligus (Triple Tree Planting Method) Jimatkan Ruang, Lebih Banyak Buah Durian
Reviewed by Donny Ien
on
10:34
Rating:
No comments