Begini Cara Halau Lipas Yang Berkeliaran Dalam Rumah Dan Kereta Anda Hanya Dengan Kulit Telur
Stress betul dengan lipas dan semut yang berkeliaran dalam rumah ni, lagi-lagi kat dapur, selalunya area ini menjadi tempat mereka bersembunyi sebab banyak makanan. Memang ber’parti’lah diorang bila ada sisa makanan yang terjatuh di lantai.
Serangga perosak ni kalau tidak dibendung akan membawa pelbagai bakteria dan kuman terutama kepada kanak-kanak mahupun dewasa. Sebelum parasit ini timbulkan masalah, cepat-cepat benteras habis-habisan.
Sebenarnya ada petua semulajadi halau lipas, semut, dan semua serangga perosak ni iaitu dengan kulit telur, selain menggunakan spray racun serangga yang sememangnya merbahaya pada manusia dan mencemarkan udara. Mulai hari ini korang jangan buang kulit telur. Petua 'Racun’ semulajadi ini dikongsikan oleh Abel Lione Karia melalui laman sosial.
HANYA GUNA KULIT TELUR. LIPAS, SEMUT DAN SERANGGA PEROSAK SEMUA LARI LINTANG PUKANG
CARA-CARANYA
1. CUCI DAN KERINGKAN KULIT TELUR
Mula-mula, cuci bersih-bersih dulu kulit telur yang dah digunakan dalam masakan. Kemudian, jemurkan dibawah matahari hingga kering.
2. HANCURKAN
Selepas kering, tumbuk kulit telur tadi hingga hancur macam pasir.
Bila dah siap tumbuk, taburkan kulit telur tersebut di kawasan laluan haiwan atau serangga perosak seperti lipas dan semut.
3. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
Selebihnya, simpan dalam botol kedap udara untuk dijadikan stok racun perosak.
Nanti bila dah habis, boleh taburkan lagi di tempat tersebut. Tiada lagi masalah lipas dan serangga perosak di kawasan rumah anda.
MUDAH DAN JIMAT, KORANG BOLEH BUAT SEKARANG!
Saya dah cuba buat. Alhamdulillah, semua semut dan lipas yang suka berkeliaran di sekitar dapur saya dah lari. Korang boleh letak di setiap sudut tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.
Selamat mencuba.
Silakan share jika bermanfaat ya.
Begini Cara Halau Lipas Yang Berkeliaran Dalam Rumah Dan Kereta Anda Hanya Dengan Kulit Telur
Reviewed by Donny Ien
on
05:12
Rating:
No comments