Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam 1,680 Pokok Jagung Hanya Seluas 0.2 Ekar


Betullah pepatah melayu mengatakan, 'balik kampung tanam jagung'. Bukan sekadar angan-angan kosong mat jenin, lelaki bernama Mohd Khairil Abd Rahman buktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita berusaha mencapai impian.

Usaha keras beliau ini telah banyak memberi saya impirasi dan semangat untuk terus tingkatkan kualiti hidup dengan bidang pertanian. Sesuai dengan tagline yang saya gunakan selama ini iaitu 'Pertanian Satu Perniagaan', sesiapa pun boleh berjaya asalkan buat tindakan dan berusaha.

Buat mereka yang berniat mahu balik kampung, pertanian adalah bidang yang menjanjikan pendapatan lumayan dan ianya sudah terbukti di Malaysia, negara bertuah yang kaya dengan pelbagai hasil bumi. Balik kampung, tanam niat dan buat!

Sedikit maklumat yang saya perhatikan mengikut trending semasa, penanaman durian Musang King berada di tangga pertama buat masa ini diikuti penanaman Nenas MD2 di tangga kedua dan yang ketiga ialah kelapa. Demand untuk produk ini amatlah tinggi setiap hari malah kita juga banyak mengekspot ke luar negara.

Artikel pagi khamis ini, saya kongsikan cara tanam jagung manis seluas 0.2 ekar dangan hasil pulanyan yang lumayan. Ramai yang gagal pada kali pertama kerana ilmu didada tidak mencukupi. Usaha tanpa ilmu boleh merugikan pekebun.

"Kaedah @ cara saya tanam jagung..

Beda tambah sumber pendapatan..

Jumlah keseluruhan 1860 lubang..

Bilangan buah gred A 1600 biji. Buah greb B 
650 biji.. 

buah rosak di makan tikus 120 biji.." - Mohd Khairil

Berikut adalah perkongsian beliau;

Tarikh mula tanam benih ialah pada 26.1.2019. Bajak tanah gunakan jentera pembajak dan buat batas. Jarak menanam ialah 18x24 inci. 


Selepas 4 hari, benih jagung mula tumbuh. 

baja hanya 2 kali.. umur 20 n 40.. saya kawasan sawah padi, kemarau pun ada air utk pam.. siram guna kaedah springkle.. masa peringkat awal 2x sehari.. selepas 20 hari 1x sehari

15.2.2019 sembur dengan baja urea (umur 20 hari) - pic bawah


26.2.2019 umur 30 hari - pic bawah


8.3.2019 sembur lagi dengan baja urea ( umur 40 Hari) - pic bawah


Hari ni 3.4.2019 menuai jagung (67 hari)

bos kena tgk keadaan pokok, klu pokok batang besar elok boleh buat dua buah, klu pokok x berapa subur, kena 1 ja buah..








Jenis jagung yg saya tanam..


Racun yg saya guna utk kawalan rumpai dalam kebun saya.. masa sembur umur 15 hari..


Insyaallah, hari Sabtu @ Ahad nie org tolong mai tebang batang jagung.. boleh tanam semula jagung nnt..

ada penternak lembu n kambing akan tebang..

Kadang depa baik duit lg, saya x minta duit pun, cuma saya harap depa bg clear ja batang jagung tu.. supaya saya mudah nk tanam balik..

Selamat mencuba! semoga bermanfaat buatsemua pembaca blog PSP. Pertanian adalah perniagaan. Jangan lupa like fan follow fb saya Donny Bin Ien . Kopisanangan...jumpa lagi next artikel!
Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam 1,680 Pokok Jagung Hanya Seluas 0.2 Ekar Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam 1,680 Pokok Jagung Hanya Seluas 0.2 Ekar Reviewed by Donny Ien on 09:48 Rating: 5

No comments