Belajar Setakat Darjah 6, Namun Pendapatan Tahunan Mencecah RM1 Juta Dengan Menternak Lembu!


Tidak mudah mendapatkan pekerjaan yang bagus zaman sekarang ni, tidak kiralah anda ada kelulusan Universiti atau Diploma. Ia belum tentu menjamin peluang pekerjaan kepada anda.

Kata orang rezeki setiap individu itu tidak sama atau berbeza-beza. Buat Saipol Azmir Zainuddin, keputusan beliau berhenti sekolah setakat darjah 6 bukanlah keputusan yang salah.

Hasil berkat dan usaha kerasnya, beliau memperolehi pendapatan lebih dari 1 juta hasil daripada jualan lembu tahun lalu. Menurut Saipol, keputusannya berhenti sekolah lebih awal daripada rakan-rakannya tidak sia-sia kerana beliau kini berjaya menjadi penternak yang berjaya.

Beliau berkata, dia berhenti sekolah bukan kerana suka-suka, dia mahu bekerja sebagai buruh binaan rumah. Kisah kejayaannya bermula apabila beliau membeli seekor lembu berharga rm450 selepas mendapat gaji pertamanya.

Sejak dari itu, setiap kali terima gaji, dia akan membeli seekor anak lembu sehingga berusia 18 tahun, dan kini dia berjaya memiliki 300 ekor lembu. Sepanjang tempoh tersebut, dia dibantu oleh ayahnya yang juga seorang penternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.

Kejayaannya sebagai penternak lembu membolehkan beliau menerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015.

Beliau digelar sebagai jutawan lembu kerana berjaya menjana pendapatan lebih dari 1 juta hasil jualan lembu terutama menjelang hari raya Aidiladha.

Saipol kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kuala Langat sebanyak RM100,000 untuk mengembangkan perniagaannya. Beliau berkata LPP kuala langat banyak membantu dari segi promosi dan pemasaran produk di seluruh negara.

Selain pihak kerajaan, beliau juga buat marketing sendiri menerusi applikasi Whatsapp dan Facebook untuk mencari pelanggan. Katanya, hasil daripada jualan lembu, beliau membeli 0.8 hektar tanah untuk menempatkan ternakannya, lapor laman Says.com

Beliau juga menawarkan kursus ternakan lembu kepada golongan muda yang berminat menceburui bidang ternakan ini. Tahniah bro kerana berjaya sehingga ke tahap ini.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi dan semangat buat semua pembaca untuk terus mencapai impian dalam hidup. Sekian saja artikel buat kali ini.



Belajar Setakat Darjah 6, Namun Pendapatan Tahunan Mencecah RM1 Juta Dengan Menternak Lembu! Belajar Setakat Darjah 6, Namun Pendapatan Tahunan Mencecah RM1 Juta Dengan Menternak Lembu! Reviewed by Donny Ien on 22:49 Rating: 5

No comments