Cara Tanam Tomato Dalam Bekas Botol Meneral Yang Super Cool. Mudah & Jimat Ruang!

Koisanangan tompinai, terima kasih sudi singgah di blog ini, saya Donny Ien, (Fb) penulis bebas yang suka berkongsi tip-tip pertanian dan juga menjual bibit buah-buahan secara online. 

Pada artikel kali ini saya ingin kongsikan bagaimana lelaki ini tanam pokok tomato dalam botol meneral terbuang secara tergantung. Memang sangat kreatif dan jimatkan ruang bagi mereka yang tinggal di appartment atau kondo.


Tomato adalah sejenis sayuran yang mudah ditanam dan menghasilkan buah sekitar 3 bulan selepas di tanam. Tidak dinafikan buah tomato ini mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Kalau wife saya masak, tomato adalah menu wajib yang ada pada hidangan tengahari kami sekeluarga.

Anak saya si Fabian paling suka makan sayur dan buah-buahan. Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan amat baik untuk sistem penghadaman serta mempunyai banyak vitamin.



Okey, berikut adalah cara-caranya;

1. Ambil satu botol meneral yang terbuang, gunting botol pada pada bahagian bawah dengan membuat tiga lubang supaya botol tersebut boleh digantung di tempat yang anda suka, pastikan ada cahaya matahari supaya pokok dapat tumbuh dengan subur.


2. Ambil sehelai kain (apa-apa kain, seluar jeans pun boleh yang dah  tak guna) guntung empat segi dan buat lubang seperti dalam gambar di bawah, gunting hingga ke lubang tujuannya supaya senang nak masukkan batang benih tomato


3. Sediakan benih tomato yang sihat yang berusia sekitar 1 bulan


4. Buka tanah, hati-hati jangan sampai akar terputus


5. Masukkan benih tomato ke dalam lubang


6. Staple supaya benih tidak tertanggal bila kita terbalikkan botol


7. Masukkan benih tadi ke dalam botol dengan daun menuju ke bawah


8. Keluarkan daun dari botol, hati-hati supaya daun tidak patah atau rosak


9. Masukkan tanah ke dalam botol. Nisbah campuran adalah Topsoil 40%, Cocopet 40% Vermikompos atau tahi cacing 20% , kelebihan vermikompos ni ia tidak panas, tidak macam tanah hitam atau baja tahi ayam, lembu atau kambing. Saya sendiri pengguna baja vermikompos dan secara peribadi, baja ni memang terbaik untuk tanaman saya.



10. Siram hingga basah


11. Hasil selepas 9 hari, daun mula menghijau dengan subur


12. Selepas 25 hari, pokok tomato mula naik keatas seperti seorang juara


13. Selepas 60 hari atau kira-kira 2 bulan, anda akan mula nampak ada anak buah tomato akan keluar


14. Selepas 90 hari atau 3  bulan, pokok tomato yang ditanam dalam botol je, kini telah mengeluarkan hasil yang amat subur dan sihat, tanpa sebarang baja dan racun kimia. Anda boleh gunakan baja subur organik cecair, campurkan dengan air ketika menyiram. Baja sekali dalam seminggu. Spray juga dengan baja apda daun dan batang agar pokok cepat membesar.

Lelaki ini gunakan baja dari kulit pisang dan Neem Cake Fertilizer sebagai makanan pada pokok tomato.




Inilah hasilnya tanaman dalam botol meneral, dijamin tiada bahan kimia dan selamat untuk di makan. Tidak perlu lagi saya pergi tamu kota belud tiap minggu beli buah tomato, anda juga boleh buat teknik ini sendiri di rumah walaupun ruang yang sempit.



SELAMAT MENCUBA! jangan lupa like page pertanian satu perniagaan kio. Jumpa lagi!



Video by Easy Home Gaedening
Cara Tanam Tomato Dalam Bekas Botol Meneral Yang Super Cool. Mudah & Jimat Ruang! Cara Tanam Tomato Dalam Bekas Botol Meneral Yang Super Cool. Mudah & Jimat Ruang! Reviewed by Donny Ien on 15:04 Rating: 5

No comments