Cikgu Ini Raih Pendapatan Mencecah RM7K Semusim Hanya Tanam Cili Tepi Rumah
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Hanya dengan mengusahakan tanaman cili di belakang rumah, Mohd Izranuddin Jelani yang juga seorang guru buktikan beliau mampu jana pendapatan lumayan
Bermula tanpa sebarang pengalaman dalam bidang pertanian, hanya dengan pembacaan buku-buku dan melayari internet untuk mencari maklumat, beliau akhirnya memilih teknik fertigasi kerana modal hanya sekali tapi pendapatan berlipat kali ganda berbanding tanaman biasa.
Pasaran cili yang luas serta penggunaannya yang ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa menyebabkan beliau memilih tanaman ini. Idea tercetus selepas berkenalan dengan Noh, seorang pengusaha ladang cili fertigasi bumiputera terkenal di Pulau Pinang. Katanya beliau banyak membantu dari segi pemilihan benih, menjaga, membaja, meracun, memetik sehinggalah pemasaran.
Dengan menggunakan teknik fertigasi sepanjang dua musim iaitu enam bulan dalam semusim, beliau berjaya mengoptimumkan hasil pengeluarannya. Korang bayangkan modal sebanyak RM3,900 untuk 130 pokok pada musim pertama, pendapatan kasar yang diperolehinya mencecah RM7,000.
Apabila masuk musim kedua pula, kos yang terlibat hanya RM1,500 dan anggaran pendapatan sama dengan musim pertama iaitu RM3,900.
Biarpun mengajar mata pelajaran seni visual namun beliau juga berjaya mencipta kelainan apabila mampu menyelaras Projek Sekolah Lestari dalam bidang pertanian hingga mampu meraih pendapatan berjumlah RM11,000 hasil tanaman cili fertigasi di sekolahnya, lapor Harian Metro.
Tahniah saya ucapkan kepada cikgu ini kerana berjaya mendidik dan menjadi contoh yang baik kepada murid-muridnya untuk membimbing mereka menjadi pelajar yang cemerlang.
Sekian sahaja artikel ringkas hari ini. Jangan lupa like page Pertanian Satu Perniagaan.
.
.
.
Berminat nak tahu lebih lanjut tentang tanaman fertigasi? hubungi saya melalui whatsapp atau talian 014-6697870 Kakpah.
Cikgu Ini Raih Pendapatan Mencecah RM7K Semusim Hanya Tanam Cili Tepi Rumah
Reviewed by Donny Ien
on
06:41
Rating:
No comments