Cara Tanam Pokok Betik Super Kerdil Supaya Berbuah Diatas Tanah
Hi bossku! saya Donny Ien, seorang penulis bebas yang banyak berkongsi tentang tips2 pertanian di blog ini. Jangan lupa follow fb saya dan like page PSP ya.
Artikel kali ini saya mau kongsikan cara tanam pokok betik supaya berbuah super rendah melalui teknik cantuman baji. Selain pokok durian, betik juga boleh dicantum melalui teknik ini. Caranya mudah sahaja dan sesiapa pun boleh lakukannya.
Kelebihan pokok cantuman baji ini ialah ia akan berbuah sangat rendah hingga paras tanah, tak perlu panjat dan amat senang untuk mengutip hasil. Jangka hayat pokok bergantung pada penjagaan dan faktor cuaca.
Cara-caranya:
1. Cantas dahan pada pokok betik untuk dijadikan sebagai tunas cantuman. Tunas inilah yang akan berbuah nanti selepas melakukan cantuman. Biasanya dahan betik ini ada di bahagian batang pokok betik dewasa yang telah di tebang.
2. Setelah dicantas, buka batang dan daun pada tunas yang di cantas tadi, tinggalkan sedikit di bahagian atas tunas.
3. Pada bahagian bawah tunas, tajamkan seperti bentuk V untuk di sambung pada pokok penanti nanti. Gunakan pisau bersih dan tajam untuk menoreh tunas cantuman.
4. Sediakan anak benih betik yang ditanam dalam pasu atau polybag untuk dijadikan sebagai pokok penanti. Saya menanam dua pokok penanti sekaligus dalam pasu (kaki ganda) agar pertumbuhan betik lebih cepat dan berbuah lebat.
5. Potong kedua-dua batang pokok penanti tadi menggunakan pisau yang bersih seperti bentuk V
.6. Cantumkan tunas dengan pokok penanti seperti dalam gambar dibawah.
7. Ikat cantuman tadi menggunakan plastik cantuman atau kain terpakai yang telah di potong seperti dalam gambar dibawah. Pastikan cantuman tidak terlepas dan diikat dengan kemas.
8. Selepas hampir sebulan, cantuman sudah melakat dan inilah hasilnya. Daun cantuman sudah mula tumbuh. Pindahkan pokok yang telah dicantum dari pasu ke tanah. Siram dan baja dengan teratur agar pokok tumbuh dan berbuah cepat.
Selamat mencuba!
Kredit: Agri CAMBO
Cara Tanam Pokok Betik Super Kerdil Supaya Berbuah Diatas Tanah
Reviewed by Donny Ien
on
08:46
Rating:
No comments