Akak Tak Perlu Ke Pasar Beli Sayur! Begini Cara Tanam Sayur Dalam Botol Meneral. Mudah & Jimat!


Dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang tidak menentu, tambahan pula harga barang semakin naik setiap masa, rakyat digalak untuk mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan sampingan selain makan gaji.

Sebagai contoh, jika anda seorang guru, anda boleh isikan masa lapang dengan menanam sayur di halaman rumah menggunakan botol meneral. Tidak ada alasan jika ruang sempit kerana kaedah tidak memerlukan tempat yang luas untuk bercucuk tanam. 

Anda boleh dapatkan bahan-bahan tanaman seperti benih sayur, baja subur dan tanah hitam kompos di nurseri berhampiran anda. rasanya di Tesco atau pasaraya besar pun ada jual kan? kalau ke sana, boleh cari di bahagian alat-alat pertanian.

Sekurang-kurangnya anda tidak perlu membeli sayur di pasar, tanam sendiri lebih terjamin dan selamat dimakan. Jimat duit poket, bolehlah gunakan untuk keperluan lain.

Okey, bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti botol meneral terpakai, pisau, tali mop atau yang seangkatan, saya beli di speedmart baru rm6, mungkin dalam 50 batang tali, tanah Hitam dan baja subur cecair organik.


Potong botol meneral di tengah-tengah menjadi dua menggunakan pisau atau gunting.


Lubangkan penutup botol di tengah-tengah


Masukkan tali mop


Saya gunakan tanah kompos organik yang dijual di kedai pertanian, ia lebih subur untuk tanaman sebab sudah ada campuran baja, berbanding dengan tanah hitam atau tanah kuning yang kita cedok di belakang rumah.



Ini sayur keriting yang disemai dalam tray semaian, lebih kurang 2 minggu sudah boleh pindahkan ke dalam botol 


Isikan air lebih kurang setengah dalam bekas botol, tambahkan larutan baja subur cecair dengan sukatan 1ml dah cukup untuk setengah air dalam botol meneral tersebut, isikan balik jika air berkurangan


Hasil tanaman selepas sebulan lebih, daunnya cantik dan subur tanpa sebarang bahan kimia



Selamat mencuba! jangan lupa follow fb Pertanian Satu Perniagaan.
Akak Tak Perlu Ke Pasar Beli Sayur! Begini Cara Tanam Sayur Dalam Botol Meneral. Mudah & Jimat! Akak Tak Perlu Ke Pasar Beli Sayur! Begini Cara Tanam Sayur Dalam Botol Meneral. Mudah & Jimat! Reviewed by Donny Ien on 06:24 Rating: 5

No comments