Petua Tradisional Bunuh Nyamuk Hanya Dengan Dua Bahan Semulajadi Ini. Mudah & Berkesan!



Pelbagai langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan virus Zika. Tambah lagi sekarang ni musim hujan di kampung saya. Keluar ja dari rumah pergi ke kebun, berduyun-duyun nyamuk mengenekori dari belakang, tengok-tengok dah kenyang kat siku!


Benda ini lah peneman kalau masuk kebun, bakar sebatang pun sudah cukup, nyamuk takkan berani dekat anda. Tapi, kalau terlupa kompom habis kena gigit nyamuk. Balik rumah rasa gatal-gatal seluruh badan. 

Selain itu, ada satu lagi petua tradisional yang tengah viral sekarang ini, bagi menghalang gigitan nyamuk selain dari menggunakan penyembur racun serangga dan racun nyamuk Happy Day!

Hanya dua bahan yang diperlukan iaitu limau nipis dan bunga cengkih.

Cara-caranya:

1. Potong limau nipis kepada dua bahagian

2. Cucuk 10-15 kuntum bunga cengkih pada setiap belahan limau nipis.

3. Letakkan limau nipis tersebut di kawasan yang banyak nyamuk serta tempat gelap.

Korang boleh amalkan petua ini untuk mencegah serta mengelakkan dari gigitan nyamuk yang boleh membawa membawa kepada demam denggi dan juga virus Zika.

Selamat mencuba! sekian sahaja artikel ringkas saya pada malam ini. 



Tonton video untuk lebih jelas

 
Petua Tradisional Bunuh Nyamuk Hanya Dengan Dua Bahan Semulajadi Ini. Mudah & Berkesan! Petua Tradisional Bunuh Nyamuk Hanya Dengan Dua Bahan Semulajadi Ini. Mudah & Berkesan! Reviewed by Donny Ien on 21:44 Rating: 5

No comments