RM200 Sekilogram, Tanaman Guarana Berpotensi Jana Pendapatan RM250,000 Setiap Ekar – Risda


Guarana atau nama saintifiknya, Paullinia cupana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari utara Brazil dan Venezuela. Pokok guarana mempunyai buah sebesar biji kopi dan berdaun lebar.

Biji buah guarana yang diproses dipercayai mampu meransang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh dan ia mempunyai dua kali ganda lebih kafein daripada biji kopi.

Guarana juga boleh mengantikan tepung gandum yang bebas gluten, 100 peratus organik, memiliki zat besi, DHA dan tinggi kalsium. Selain itu tepung Guarana boleh digunakan untuk menghasilkan kuih dan kek serta harganya yang sama dengan tepung gandum.

Tempoh matang bagi pokok guarana ialah 14 bulan baru boleh dituai untuk tahun pertama. Tahun kedua setiap enam bulan akan mengeluarkan hasil.

Daun guarana juga dipercayai boleh mengurangkan ketagihan di kalangan penagih dadah serta mampu merawat kanser serviks.

Kajian seorang profesor dari Universiti Sains Malaysia (USM) membuktikan air rebusan daun guarana mampu mencegah penyakit kanser serviks, menurut laporan mStar.

Di Malaysia, kilang pemprosesan biji Guarana ialah di Pulau Pinang. Ladang Guarana terbesar terletak di Kelantan yang diusahakan oleh pekebun kecil.

Tanaman guarana berpotensi jana RM250,000 setiap ekar, harga sekilo biji Guarana pula boleh mencecah RM200 menurut laporan Risda menerusi artikel SarawakVoice.

Projek tanaman guarana di Malaysia mendapat permintaan tinggi di Taiwan, Korea, Jepun dan Amerika Syarikat juga menyatakan hasratnya untuk berminat mahu mengimport Guarana.

Fakta menarik tentang tanaman GUARANA yang akan dilaksanakan di Malaysia

1. Guarana merupakan tanaman asal dihutan Amazon, Brazil beriklim khatulistiwa seperti Msia
2. Sukar diserang serangga perosak kerana daunnya pahit
3. Tempoh jangka hayatnya boleh hidup sehingga 20 tahun
4. Tumbuh dengn ketinggian max 10'
5. Menghasilkan buah sebanyak 20kg hingga 40kg sepokok
6. Tempoh menuai pertama kali selama 14 bulan dan 2 kali tuaian setahun pada tahun berikutnya 
7. Kos baja organik sebanyak RM700 setahun untuk 1 ekar
8. Boleh ditanam 300 pokok pada seekar tanah dengan jarak 10'-12' setiap satu
9. Bersesuaian ditanam pada tanah yang ditanam sawit dan getah (PH tanah 4.5 - 5.5)
10. Jaminan belian balik buah pada harga 80rm/kg dan daun 30rm/kg oleh pihak RITZ 
11. Kos anak pokok dijual rendah RM50 satu berbanding pendapatan yang bakal diperolehi
12. Mampu menjana pendapatan kasar sekitar 480k - 960k seekar sekali tuaian 
13. Permintaan yang tinggi keatas produk Guarana terutama ekstrak untuk minuman isotonik dari negara eropah dan tepung guarana dari China 

Maklumat & pengiraan ringkas GUARANA

1 kg biji= Rm 5k
1kg biji = 700 biji
1 ekar = 300 pokok
Start berbuah 14 bulan (1 th 2 bulan)
Matang 4 tahun
Tuai 2 kali setahun hingga 20 tahun
buah sekitar 20kg/pokok

harga 
1 kg buah = Rm 80.00
1 kg daun  = Rm 30.00

pengiraan pendapatan
20kg x RM80 x 300pokok = RM480,000.00 se ekar (anggaran pendapatan kasar belum tolak kos penyelengaraan)

Lumayan tak? tepuk dada tanya selera.. bila semua orang gilakan Guarana, jangam lepaskan peluang, rebut potensi ini...
.
.
.
.
Bagi mengelakkan berlakunya perebutan anak pokok pihak KKSB telah pun melancarkan borang tempahan mengikut process dan syarat2 yang ditetapkan seperti dibawah.

Bagi mereka yg benar-benar minat untuk membeli sila pastikan process ini lengkap dan berurusan dengan unit pertanian GUARANA KKSB yang sah seperti nama yang tertera.


Segala bentuk pembayaran hendaklah menggunakan cheq yang di tulis atas nama KOPERASI KOMUNITI SELATAN BHD dan penggunaan cash adalah dilarang sama sekali.

Sila hubungi nombor yang tertera diatas untuk urusan belian benih Guarana, (Khas untuk orang Johor Sahaja, untuk area lain sila berhubung dengan jabatan pertanian di negeri anda)
.
.
.
.
.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi no tel dibawah,

Ritz Guarana Plantation Berhad (Ritz)
55-12A-H, Menara Northam, Jalan Sultan Ahmad Shah (1,110.05 mi)
Pinang, Pulau Pinang, Malaysia 10050
TEL: 04-228 0366 (No ini tidak menjual benih guarana buat masa ini, sila berhubung dengan jab pertanian di kawasan anda untuk maklumat lanjut)

Tonton video dibawah tentang potensi Guarana



Kebun Guarana di Kedah dan Kelantan














Sumber Gambar: Page Guarana Malaysia
RM200 Sekilogram, Tanaman Guarana Berpotensi Jana Pendapatan RM250,000 Setiap Ekar – Risda RM200 Sekilogram, Tanaman Guarana Berpotensi Jana Pendapatan RM250,000 Setiap Ekar – Risda Reviewed by Donny Ien on 22:30 Rating: 5

No comments