Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Dan Jimat Semai Benih Lada Dalam Tray



Morning guys! terima kasih sudi singgah di blog PSP, blog yang banyak berkongsi ilmu dan tips-tips pertanian. Kalau belum follow page Pertanian Satu Perniagaan, lakukan sekarang kerana ada banyak lagi info yang saya akan kongsikan selepas ini. So stay tuned!

Moodku menulis pagi ini amat baik disebabkan hujan lebat di Kota Belud lewat semalam, syukur tidak perlu buat kerja-kerja menyiram untuk beberapa hari. Dijangka hujan akan turun dalam beberapa hari ini menurut ramalan cuaca.

Artikel kali ini saya tunjuk cara semai biji benih cara mudah dan jimat seperti biji cili, terung, sayur-sayuran dan sebagainya yang di kongsikan melalui Youtube Izam jfk.

Bahan-bahannya ialah benih, tray semaian 104 lubang berharga sekitar rm3-5 sekeping, Cocopeat atau sabut kelapa, Peat-moss iaitu bahan-bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain. Boleh beli semua item ni di kedai pertanian berhampiran anda.


CARA-CARA:

1. Masukkan cocopeat kedalam tray hingga penuh


2. Selepas penuh, ambil tray yang kosong, letakkan diatas tray yang diisi tadi dan tekan hingga kebawah. Sekarang ada nampak seperti lubang2 kan...supaya senang nak letakkan biji di tengah-tengah


3. Masukkan biji benih lada dan sebagainya, letakkan satu biji setiap lubang, kalau nak double boleh letak dua atau nak kaki ganda tiga, letak lah 3 biji.. kelebihan kaki ganda ni pokok yang kita tanam lebih cepat memebesar dan cepat berbuah. Saya akan kongsikan maksud cantuman kaki ganda pada artikel seterusnya.


4. Siram dengan air biasa


5. Tutup atau sungkup dengan plastik silvershine / Mulsa Plastik Hitam Perak yang boleh dibeli di kedai pertanian, harganya sekitar dibawah RM100 segulung. Tutup dengan rapat yer...


6. Selepas 3-4 hari biasanya benih cili padi ni akan pecah, haaa nampak tu tunas mula keluar


7. Kemudian ambil tanah semai atau topsoil dan tabur diatas semaian tadi, letak perlahan-lahan, jangan tekan kerana ia boleh merosakkan tunas benih yang ditanam tadi. Tujuan kita letakkan tanah hitam ni ialah supaya peat moss tidak mudah kering.



8. Lepas siap letakkan tanah hitam, spray dengan air bercampur dengan baja. Spray hingga basah.


9. Selepas hari ke-5, benih sudah mula bercambah, sprayakan lagi dengan air dan baja


10. Benih semakin membesar, usia lebih kurang seminggu dua



11. Selepas 20-25 hari anda bolehlah pindahkan benih ke polybag. Mudah kan?

Selamat mencuba! jangan lupa like page kami dan follow facebook saya Donny Bin Ien.


Tonton video dengan lebih jelas



Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Dan Jimat Semai Benih Lada Dalam Tray Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Dan Jimat Semai Benih Lada Dalam Tray Reviewed by Donny Ien on 11:09 Rating: 5

No comments