Harga Mencecah RM30 Sekilogram, KADA Terokai Manfaat Halia Bara Yang Ramai Tidak Tahu


Halia atau nama saintifiknya Zingiber officina le ross antara rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan seharian serta digunakan meluas dalam bidang perubatan, kosmetik dan kesihatan. Contohnya gingerols dan oleoresin adalah hasil minyak yang diekstrak dari halia.

Sekarang ni banyak produk kesihatan berasaskan halia yang diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia sementara dalam masakan pula dalam bentuk halia kering, halia segar dan halia bergula.

Selain itu, halia juga boleh diproses sebagai halia jeruk, serbuk halia, dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos serta bakeri dan sebagainya.

Artikel kali ini saya kongsikan manfaat dan khasiat halia bara yang masih ramai yang tidak tahu, menerusi bacaan saya di Google, ini yang saya dapat;


Ini halia yang saya tanam dalam polybag, sampai tumbuh kat luar plastik pun ada...

Antara khasiat halia bara dalam perubatan tradisional ialah mengubati penyakit kulit seperti kurap dan panau. Ia juga mampu menghilangkan tompok-tompok panau dengan berkesan.

Halia Bara juga dikatakan dapat menghilangkan kelumumur pada rambut serta menghilangkan rasa sengal-sengal otot serta sakit sendi urat saraf. Halia bara boleh melegahkan batuk, meredakan demam malaria, mampu merawat masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung.

Antara khasiat lain halia bara ni ialah mampu meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki. Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa adalah tidak digalakan minum air rebusannya terlalu kerap kerana ia akan merosakkan usus perut dan menyebabkan pedih ulu hati.

Penemuan lain tentang manfaat halia bara ialah mampu mengempiskan perut yang buncit serta membantu didalam proses penghadaman makanan . Minuman halia bara juga mampu mengeluarkan angin dalam badan setelah meminumnya seperti 'air sarbat halia bara'.

Penduduk kampung asli menggunakan halia bara untuk merawat kesan gatal gigitan serangga. Selain itu ia mampu melegakan demam dan selalunya digunakan sebagai bahan untuk rawatan ibu selepas melahirkan bayi.

Baru-baru ini pihak kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sedang terokai potensi halia bara ni sebagai tanaman kedua selepas padi, Seramai 263 peserta menerusi satu projek yang berkonsepkan ‘Satu PPK Satu Produk’ dijalankan bagi meningkatkan pendapatan penduduk, menurut laporan Bernama.

Setiap peserta diberi 10 polibeg benih halia bara dan akan mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk mendapatkan hasil. Setiap polibeg mampu menghasilkan satu hingga lima kilogram halia bara dan setiap kilogram pula berharga sekitar RM20 hingga RM30. Baca artikel penuh di sini.


Saya sendiri ada menanam halia bara untuk kegunaan sendiri, tak sangka banyak pula manfaat dan kegunaan halia bara ni. Siapa yang berminat mahu tanam boleh inbox kami melalui page PSP.

Sekian sahaja artikel kali ini, semoga bermanfaat dan jangan lupa like page Pertanian satu Perniagaan (PSP)






Antara produk yang dihaslkan dari halia bara

Harga Mencecah RM30 Sekilogram, KADA Terokai Manfaat Halia Bara Yang Ramai Tidak Tahu Harga Mencecah RM30 Sekilogram, KADA Terokai Manfaat Halia Bara Yang Ramai Tidak Tahu Reviewed by Donny Ien on 07:57 Rating: 5

No comments