Teknik Terbaru Menanam Ubi Kayu Supaya Berbuah Banyak Dan Lebat



Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz merupakan sejenis tumbuhan tropika dan subtropika dari keluarga Euphorbiaceae yang kaya dengan sumber utama karbohidrat serta daunnya boleh dijadikan sebagai sayuran. 

Ubi kayu ditanam secara skala besar untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga banyak digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG). Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan kira-kira 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Saya teringat masa kecil dulu, kami pernah makan ubi kayu sahaja sebagai pengganti beras kerana masa tu musim tengkujuh dan agak sukar untuk mendapatkan sumber makanan. Masa perang dunia kedua, ubi kayu juga sering dijadikan makanan utama apabila berlaku darurat atau malapetaka awam.

Kalau saya di kebun, sekali-sekala layan ubi kayu di makan bersama dengan madu lebah memang amat menyelerakan, sambil mendengar kicawan burung dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Tidak terasa masa berjalan hingga matahari terbenaam.

Artikel malam ini saya kongsikan trik atau teknik menanam ubi kayu supaya berbuah banyak dan lebat. Maklumat ini saya perolehi dari petani-petani di Thailand.


Mula-mula potong mata tunas pada batang ubi kayu yang hendak di tanam, lihat gambar diatas bagaimana cara memotongnya


Begini rupanya mata tunas yang telah dipotong, buka semua mata tunas pada batang ubi kayu


Setelah beberapa bulan selepas ditanam secara menegak di atas tanah, akar mula keluar seperti gambar diatas


Tempoh matang bagi ubi kayu sekitar 6 hingga 12 bulan bergantung pada kelembapan tanah dan cuaca


Inilah hasilnya, nampak tak? ubi kayu keluar pada setiap tempat yang dipotong tunasnya tadi... kalau korang nak dapatkan ubi kayu yang banyak, korang boleh cuba sendiri dan tengok hasilnya.

Selemat mencuba! jangan lupa follow fb Pertanian satu Perniagaan.
Teknik Terbaru Menanam Ubi Kayu Supaya Berbuah Banyak Dan Lebat Teknik Terbaru Menanam Ubi Kayu Supaya Berbuah Banyak Dan Lebat Reviewed by Donny Ien on 21:00 Rating: 5

No comments