10 Tips Merawat Jerawat Secara Semulajadi


Jerawat adalah mimpi ngeri setiap ramaja. Jerawat muncul disebabkan banyak faktor seperti stress, minyak yang berlebihan di muka dan makanan yang berlemak.

Muka yang berjerawat dan ada bintik-bintik hitam kerana memicit jerawat, akan menyebabkan seseorang merasa tidak yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

Bagi anda yang menghadapi masalah jerawat di muka, jangan risau, ia adalah normal bagi seseorang remaja yang baru meningkat usia.

Ada banyak cara mengatasi muka berjerawat yang anda boleh lakukan dari rumah, berikut adalah 10 tips yang saya kongsikan dibawah.

10 Tips Merawat Jerawat Secara Semulajadi

1. Jaga Kebersihan Kulit Muka

Amalkan kebersihan setiap hari seperti kerap membasuh muka bagi mengelakkan jerawat timbul. Kulit yang berminyak dan kotor boleh menyebabkan muka jerawat.

2. Menggunakan Ais

Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain bersih dan letakkan pada muka setiap hari. Ais boleh membekukan liang kulit serta mengurangkan bengkak kulit yang berjerawat.

3. Menggunakan Madu

Sapu madu pada muka selama 20 minit dan bilas dengan air bersih, amalkan setiap hari untuk mengelakkan dan merawat jerawat. Madu mengandungi antibiotik semulajadi yang boleh mengurangkan keradangan kulit.

4. Mengamalkan Diet Yang Sihat

Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan jerawat. Elakkan atau kurangkan memakan makanan yang berminyak, pedas serta gula yang berlebihan. Minum air 8 gelas sehari.

5. Menggunakan Lemon

Ambil sebiji lemon dan swab kapas kemudian lap pada muka setiap hari untuk merawat jerawat. Lemon segar mengandungi banyak khasiat yang baik untuk muka serta boleh menghilangkan minyak.

6. Menggunakan Bawang Putih

Memakan bawang putih setiap hari boleh merawat masalah jerawat serta penyucian darah. Bawang putih mengandungi antiseptik yang boleh menghalang pembentukan jerawat pada muka.

7. Menggunakan Baking Soda

Baking soda juga boleh membantu merawat masalah jerawat. Campurkan baking soda dengan jus lemon dan sapukan pada muka selama 30 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil muka yang licin.

8. Menggunakan Ubat Gigi

Menyapu ubat gigi pada jerawat boleh mempercepatkan jerawat kecut dan kering. Ubat gigi mengandungi silika yang membantu mengurangkan bengkak dan memberikan muka yang berseri.

9. Menggunakan Aloe Vera

Aloe vera atau lidah buaya juga boleh merawat jerawat dengan berkesan serta dapat mengeluarkan minyak dari kulit dan menjadikan muka sejuk dan lembut. Selain itu lidah buaya juga boleh mencegah kulit dari jangkitan kuman dan menyembuhkan luka yang melecur

10. Rawatan Stim

Rawatan stim boleh membantu liang kulit untuk membuka dan menyegarkan kembali wajah. Selain itu ia dapat menyingkirkan kotoran, minyak dan bakteria yang terperangkap dalam kulit.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan follow fb saya Donny Ien untuk dapatkan banyak lagi tips bermanfaat.
10 Tips Merawat Jerawat Secara Semulajadi 10 Tips Merawat Jerawat Secara Semulajadi Reviewed by Donny Ien on 21:16 Rating: 5

No comments