Petua Merawat Penyakit Gout Dengan Daun Sireh Cina


Penyakit Gout ialah sejenis penyakit artritis yang disebabkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi terutama di bahagian kaki.

Tanda-tanda seseorang mengalami gout ialah terasa sakit dila disentuh pada bahagian sendi jari kaki, lutut dan pergelangan kaki diikuti demam yang kuat.

Ia selalunya berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan protein yang berlebihan, obesiti, alkohol, kerosakan buah pinggang, kekurangan air dalam badan dan keturunan.

PETUA RAWAT GOUT DENGAN DAUN SIREH CINA

Sireh tanah atau Sireh cina juga dikenali sebagai herba untuk merawat GOUT. Pokok ini mudah tumbuh dan dijumpai dimana-mana.

Pokok ketupang atau sirih tanah / sireh cina ini selalunya tumbuh dikawasan yang lembab seperti ditepi pasu atau longkang.

“amalkan minum jus daun ni..sangat mujarab untuk merawat gout. Sejak amalkannya dah boleh bergerak macam biasa, doktor pun terkejut tengok perubahan ini sekadar amalkan tumbuhan liar di tepi Rumah. Dan banyak tumbuh di dalam pasu bunga menumpang hidup dan pokok lain" - nitizen

Tumbuhan ini mampu mengurangkan paras asid urik dalam badan dan amat baik untuk pesakit gout dan pesakit buah pinggang, selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria, anti penahan sakit dan anti bengkak.

Selain merawat gout, daun sireh cina juga boleh menyembuhkan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, batuk, demam (ramas dengan sedikit air dan sapukan dikepala), selesma, jus perahan boleh melegahkan sakit mata, HFMD dan cirit birit.

Selain daripada dijadikan sebagai bahan utama dalam masakan harian, sireh cina juga sesuai dibuat ulam dan dibuat jus minuman seperti ulaman lain.

Testimoni dari nitizen:

Donna G Alkaris - "Betul ni anak saya bila demam saya tumbuk dulu sampai lumat pastu letak di dahi dan dada budak dlm semlm letak 2 kali gitu bila bangun pagi budak dah sembuh".

Aling Wong - "1minggu 2x i masak liongsui pakai tu daun sireh cina bgs buat buang pans kat dlm bdn.. Klu anak demam susah nak turun pns ksh tumbuk je peras air nya ksh minum..emang mujarab buat buang pns kat budak.."




Baca testimoni di ruangan komen di bawah. klik link utk membaca...


Semoga bermanfaat kepada semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like, share dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi petua bermanfaat.
Petua Merawat Penyakit Gout Dengan Daun Sireh Cina Petua Merawat Penyakit Gout Dengan Daun Sireh Cina Reviewed by Donny Ien on 10:16 Rating: 5

No comments