Satu Balang RM25 (900G), Sebulan Proses 2000 KG, Pesara Guru Ini Jana Pendapatan Lumayan Jual Puri Durian Belanda


Seperti yang kita tahu, durian belanda merupakan tanaman yang tidak perlu saya ulas panjang lebar kerana mempunyai banyak khasiat.

Antara manfaat dan khasiat utama durian belanda ialah mampu merawat dan mencegah panyakit kanser. Ramai pesakit yang telah pulih setelah mengambil buah ini.

Selain buahnya yang amat baik untuk mencegah kanser, daunnya juga mampu merawat pesakit kanser dengan merebus beberapa helai lalu meminum airnya.

Saya sendiri ada menanam beberapa pokok durian belanda di halaman rumah untuk kegunaan sendiri. Jangka masa pokok ini berbuah sekitar 2 tahun dan tidak perlu buat sebarang cantuman.

Durian Belanda Punca Guru Ini Bersara Awal

Seorang pesara guru bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Kampung Endah, Abdul Karim Abd Aziz, 57, mula mengusahakan tanaman durian belanda kerana mendapati buah ini berpotensi tinggi untuk dikomersialkan.

Katanya beliau pernah membeli buah durian belanda berharga RM60 sebiji, terkejut dengan harga sebegitu mendorongnya mengusahakan tanaman ini, selain menghasilkan puri buah berkenaan.

Pada peringkat awal penghasilan puri durian belanda ini bermula dengan membersihkan buahnya daripada kulit dan dipotong sebelum direndam dalam air untuk dimasak sehingga mengeluarkan aromanya selama empat jam.

Beliau berkata, proses memasak ini adalah 100% menggunakan kaedah tradisional dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, pewarna atau gula.

Sepanjang tempoh proses memasak tersebut, ia perlu sentiasa di kacau supaya tidak hangus dan sebati dengan campuran air dan isi durian belanda.

Abdul Karim berkata, produknya dipasarkan diseluruh negara malah turut menerima tempahan dari luar negara seperti Australia. Selain itu ada juga yang memborong secara online kerana mengadakan majlis keramaian dan kenduri.

Dalam tempoh sebulan, beliau mampu memproses lebih daripada 2,000 kilogram durian belanda kerana permintaan yang menggalakan. Tempahan awal juga perlu dilakukan sebelum membeli prosuk berkenaan.

Beliau berkata, untuk menghasilkan puri yang enak dan bermutu tinggi, beliau mempunyai cara atau teknik tersendiri untuk menghasilkan produk berkenaan. Tidak hairanlah jus berkenaan mendapat permintaan yang ramai.

Harga bagi satu balang puri durian belanda ialah RM25 seberat 900 gram dan RM40 untuk berat 1.7 kilogram.

Tempoh berbuah bagi tanaman durian belanda adalah sekitar 18 bulan atau 1 tahun 6 bulan jika mendapat penjagaan yang baik.

Permintaan prodduk berasaskan durian belanda kini semakin menggalakan kerana masyarakat semakin peka mengenai manfaat serta khasiatnya.

Bagi anda yang belum menanam pokok ini , apa tunggu lagi, jangan kasi lama, tanamlah sepokok di halaman rumah anda.










Sekian sahaja artikel saya malam ini, semoga bermanfaat buat semua pembaca PSP. Jangan lupa follow fb saya Donny Ien.

Sumber: Berita Harian 
Satu Balang RM25 (900G), Sebulan Proses 2000 KG, Pesara Guru Ini Jana Pendapatan Lumayan Jual Puri Durian Belanda Satu Balang RM25 (900G), Sebulan Proses 2000 KG, Pesara Guru Ini Jana Pendapatan Lumayan Jual Puri Durian Belanda Reviewed by Donny Ien on 23:08 Rating: 5

No comments