Tutorial Buat Pokok Bunga Monstera Yang Super Cantik Untuk Hiasan Dalam Rumah
Pokok monstera merupakan sejenis bunga hiasan dalaman yang berdaun besar, menjadi kegilaan peminat dekorasi hiasan dalaman sekarang. Kalau beli kat luar boleh mencecah ratusan ringgit sepokok. Mahal sungguh!
Melalui perkongsian kreatif puan Fadilah Ariffin di laman sosial, dia hasilkan sendiri pokok monstera yang cantik ini dengan berbekalkan modal RM24.30 saja.
“Nak beli pokok hiasan mcm ni kat area Klang memang mahal. Paling murah sepokok pun RM80. Dah lama sangat mengidam sampai mandi tak basah makan tak lalu. Akhirnya saya dapat satu idea buat jelah sendiri.”
Yang nak mencuba boleh ikut step by step yang saya kongsikan di bawah. Modal hasilkan pokok hiasan ini paling murah berbanding beli sendiri.
Jom buat DIY Pokok Monstera Jenis Tinggi
Daun ECO (1 paket ada 4pcs)
6 paket X RM2.10, kedai eko area kuantan ada, kat batu 3
Rumput ECO RM2.10
Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50 , juga ada jual kat kedai eco...
Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di kedai My One Shop - RM4.50 je seikat, ada dalam 10 batang..
harga pasu ECO RM2.10 je
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
susun dalam pasu.. lepas tu dah siap pokok baru cucuk...
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll)
Guna 1 Roll je...
1st, bengkok kan batang daun ni, tengok dalam gambar kat atas...
kemudian ikat batang daun pada rotan
Ikat jangan selari, biar berselang tinggi rendah
Saya masukkan batu sikit dalam pasu supaya pasu berat dan tak mudah jatuh
Potong rumput ikut permukaan pasu...
Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nmpak cantik dan kemas, ni gambar sebelum siap nampak serabut. Gambar dah siap lupa nak tangkap 😅
tadaaa! dah siap..cantik tak? inilah hasil DIY.. do it yourself.
Kredit: Azie Azura |
Kredit: Ummu Salwa Anuar |
Kredit: Azira Abdullah |
Sekian dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan share yer... please follow fb saya Donny Bin Ien untuk dapatkan banyak lagi tips menarik.
Tutorial Buat Pokok Bunga Monstera Yang Super Cantik Untuk Hiasan Dalam Rumah
Reviewed by Donny Ien
on
21:58
Rating:
No comments