"Nenas Adalah 'Superfood', Boleh Turunkan Berat Badan & Anti Stress" Doktor Ini Pesan Ambil Nenas Setiap Hari

Image: YOY.MY
Tahukah anda, nenas merupakan 'superfood' yang kaya dengan pelbagai khasiat dan amat baik untuk kesihatan kita.

Menerusi perkongsian Doktor Rizal Abu Bakar di fb yang mendapat 12 ribu 'shares' dan lebih 8 ribu 'likes', amalan memakan nenas setiap hari amat baik untuk wanita mahupun lelaki.

Nenas Adalah Superfood

Kalau boleh cuba amalkan memakan setiap hari, Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Harga sebiji nenas lebih kurang RM5-7  ikut saiz. Kalau tanam sendiri lagi jimat!

Kaya Dengan Vitamin C

Menurut kajian di Universiti of Maryland Medical Centre, nenas sarat dengan vitamin C yang mampu menghapuskan lendir, kahak dan pulihkan sinus serta menjaga & mencantikkan kulit.


Boleh Turunkan Berat Badan

Nenas mengandungi bromelian iaitu nutrisi yang mampu hilangkan keradangan, meredakan osteoarthritis dan kecilkan tumor selain boleh turunkan berat badan.

Penting Untuk Otak

Menurut kajian Neurology, Bromelain yang terkandung pada nenas boleh menghalang berlakunya alzheimer. Bagi anda yang sering pelupa, cuba amalkan memakan nenas.

Antara nutrisi lain ialah manganese yang amat penting untuk otak. Manganese salurkan tenaga pada sel otak kita. Berfungsi seperti power bank.

Vitamin Anti-Stress

Apa yang menarik tentang nenas ialah kandungan besar thiamin di dalamnya. Fungsinya menukar lemak, protein dan karbo kepada energi untuk tubuh. Ia juga dipanggil sebagai vitamin anti stress.

Kadang-kadang lepas balik dari kerja mesti stress kan, makan sepotong nenas dan pasti mood lebih baik.

Saya suka makan begitu sahaja, ambil sebelum mula menulis blog. Banyak meneral dan nutrisi disitu.

Apa kata anda cuba hari ini?

Semoga bermanfaat. Saya menjual benih sulur nenas MD2 iaitu nenas paling manis dan terbaik untuk di komersialkan. Penghantaran seluruh Malaysia. 




"Nenas Adalah 'Superfood', Boleh Turunkan Berat Badan & Anti Stress" Doktor Ini Pesan Ambil Nenas Setiap Hari "Nenas Adalah 'Superfood', Boleh Turunkan Berat Badan & Anti Stress" Doktor Ini Pesan Ambil Nenas Setiap Hari  Reviewed by Donny Ien on 04:54 Rating: 5

No comments