Bukan Sembarang Terung! Amalan Memakan Terung Pipit Mampu Menguatkan Saraf Mata, Sengal-Sengal Badan...Sentiasa Awet Muda!
INI KHASIAT TERUNG PIPIT YANG G RAMAI TIDAK TAHU! AKAK JANGAN TEBANG POKOK NI...AMAT BAGUS UNTUK KESIHATAN...
Terung pipit atau nama saintifiknya Solanum torvum merupakan sejenis ulam yang banyak terdapat di hutan tropika.
Antara khasiat yang terdapat pada terung pipit adalah seperti air 89g, protein 2g, lemak 0.1g, karbohidrat 8g, serat 1.0g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08mg dan vitamin C 80mg.
Menurut kajian, buah terung pipit mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini mampu meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berlarutan. Akarnya pula dapat merawat retak kulit pada tumit kaki, caranya ambil akar dan ditumbuk lalu ditempelkan pada tumit kaki yang pecah.
Ramai yang tidak tahu, terung pipit sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang amat baik untuk kesihatan.
Antara kebaikan terung pipit adalah boleh meredahkan sakit kepala, mengubati sengal-sengal badan, merawat sakit cirit-birit dan jangkitan taun.
Terung pipit juga mampu mengurangkan demam panas, pitam dan sawan, caranya dengan merebus akarnya lalu airnya diminum.
Manfaat lain bagi terung pipit ialah mampu menurunkan tekanan darah tinggi, selain itu akarnya sangat baik untuk menghilangkan gatal akibat darah kotor (bukan darah haid).
Bagi pesakit kencing manis, akarnya dicuci bersih lalu dijemur. Selepas akarnya kering, rebus akarnya lebih kurang segengam dengan 5 gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya menjadi 2 gelas. Minum setiap malam sebelum tidur dan waktu pagi. Insyahallah berkesan dengan izin Allah.
Terung pipit juga di gunakan untuk merawat masalah batuk, kahak dan mukus. Selain itu amalan memakan terung pipit mampu menguatkan saraf mata serta rawatan ulser mulut dan perut.
Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah kotor dan meredahkan sakit perut akibat salah makan atau cirit-birit.
Tahukah anda, rajin makan ulam, badan akan menjadi sihat dan sentiasa kelihatan awet muda
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa please share dan tinggalkan komen anda dibawah. Sekian terima kasih.
Image: Wikipedia |
Bukan Sembarang Terung! Amalan Memakan Terung Pipit Mampu Menguatkan Saraf Mata, Sengal-Sengal Badan...Sentiasa Awet Muda!
Reviewed by Donny Ien
on
23:31
Rating:
No comments