Pil Kentut Semulajadi Dijual RM89.50 Untuk Memudahkan Penghadaman, Menukar Kentut Berbau Seperti Bunga Ros...


Pelik tapi benar! seorang saintis yang berasal dari Perancis berjaya mencipta sejenis pil yang mampu mengubah bau kentut busuk manusia menjadi wangi, lapor portal Mirror.com.

Christian Poincheval, 65, mendakwa pil berkenaan bukan sahaja melancarkan penghadaman, tetapi boleh menukar kentut berbau wangi seperti bunga ros atau coklat.

Katanya, harga sebotol pil tersebut ialah $7.90 hingga $9.99 atau lebih kurang RM52.14-RM89.50 ringgit Malaysia.

Selain melancarkan penghadaman, pil berkenaan juga bermanfaat untuk mengurangkan angin dalam badan dan untuk perut kembung.

Poincheval berkata, dia mula menjual pil tersebut sejak 2006 melalui laman webnya, pilulpet.com dan mendakwa jualan produk berkenaan amat menggalakan.

Ada pelanggan membeli pil ini kerana masalah perut berangin. Malah setiap kali perayaan hari Krismas, jualan akan meningkat kerana ramai yang membelinya sebagai bahan jenaka.

Uniknya, pil ini diperbuat 100% dari bahan semulajadi seperti rumpai laut (lithothamne), propolis (resit tumbuhan), bluberry, Adas, arang dan campuran sayur-sayuran.

Kalau pil ini dikomersialkan di Malaysia, ada tak yang berminat nak membelinya?







Pil Kentut Semulajadi Dijual RM89.50 Untuk Memudahkan Penghadaman, Menukar Kentut Berbau Seperti Bunga Ros... Pil Kentut Semulajadi Dijual RM89.50 Untuk Memudahkan Penghadaman, Menukar Kentut Berbau Seperti Bunga Ros... Reviewed by Donny Ien on 22:19 Rating: 5

No comments