"Lepas Guna Cara Ini, Tidak Ada Seekor Pun Tupai Berani Datang Menggangu Buah Durian Saya" Padan Muka!


Durian merupakan tanaman bermusim yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana keenakan rasa buanya dan aromanya yang sangat memukau!

Namun menanam durian tidak semudah yang kita sangka, bermula daripada menanam benih sehinggalah ia berbuah, pastinya banyak halangan yang perlu ditempuhi.

Antara cabaran yang biasa dilalui oleh penanam durian adalah apabila musim kemarau panjang, pokok mudah kering dan mati kerana kekurangan air.

Selain itu, penyakit seperti 'kanker batang' boleh menyebabkan pohon dan daun durian menjadi gugur dan mati disebabkan serangan serangga perosak.

Bila tiba musim berbuah, masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan  pekebun durian adalah gangguan tupai selain serangga pengorek buah.

Jika ia tidak diatas segara, pekebun akan mengalami kerugian yang banyak kerana buah durian menjadi rosak akibat gangguan tupai dan serangga tersebut.

Bagi mengatasi masalah gangguan serangga pengorek buah, pekebun perlulah menyembur dengan racun serangga tertentu bagi menghalau serangga berkenaan.

Selain itu, pekebun juga boleh menghalang lalat buah yang merosakkan buah sebelum gugur dengan menggunakan perangkap seperti Metilat, Petrogenol dan sebagainya.

Untuk menghalang tupai, anda boleh menggunakan beberapa kaedah seperti menmasang Zink pada pokok durian kerana ia bersifat licin dan menyebabkan tupai tidak dapat memanjat keatas pokok.

Cara seterusnya ialah menggunakan perangkap tupai seperti dalam gambar dibawah. Cara ini adalah yang paling senang dan amat berkesan.

Kaedah lain adalah menggunakan bahan cairan seperti kencing harimau yang ada dijual di kedai kimia atau secara onine. Cecair ini mengeluaran bau yang busuk dan boleh menghalau tupai.

Membungkus buah durian juga boleh menghalang tupai daripada memakan buah. Gunakan plastik yang jernih supaya dapat melihat durian dari luar.

Akhir sekali, anda boleh menggunakan senapang untuk membunuh tupai yang memakan durian. Cara ini juga antara yang paling senang dan amat berkesan.

Image: hama durian 112
Image: Obat lalat buah




Image: Amin agro tech
Image; Indosurvival

Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page kami dan follow fb saya Donny ien. Jumpa lagi pada artikel akan datang.


"Lepas Guna Cara Ini, Tidak Ada Seekor Pun Tupai Berani Datang Menggangu Buah Durian Saya" Padan Muka! "Lepas Guna Cara Ini, Tidak Ada Seekor Pun Tupai Berani Datang Menggangu Buah Durian Saya" Padan Muka! Reviewed by Donny Ien on 22:23 Rating: 5

No comments