Tutorial Cara Menanam Durian Di Kawasan Tanah Rendah, Bekas Sawah Padi Agar Berbuah Lebat Dan Subur


Sebagai pekebun dan penjual benih durian Musang King [trusted seller] di Malaysia yang terletak di Kota Belud Sabah, ramai pelanggan yang bertanya pada saya, kawasan atau tempat dan jenis tanah yang sesuai untuk menanam pohon durian.

Melalui pemerhatian dan pengalaman saya, kebanyakan durian ditanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng bukit dan tempat yang bebas dari takungan air yang lama ketika musim banjir.

Durian tidak sesuai ditanam di kawasan tanah rendah yang sering berlakunya banjir dan airnya bertakung sehingga lebih dari 5 hari serta kawasan yang berpasir dan dekat dengan laut.

Namun, kawasan tanah rendah atau bekas sawah padi yang mempunyai pengaliran yang bagus dan sistematik tidak ada masalah untuk menanam pohon durian.

Sebagai contoh, pekebun durian dari seberang ini membuktikan yang menanam durian di kawsan bekas sawah padi boleh membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Jika anda tonton videonya sehingga habis, beliau banyak berkongsi tips dan petua bagaimana menanam pohon durian sehingga berbuah di kawasan tanah rendah.

Selamat menonton!



Bagi anda yang ada kawasan bekas sawah padi yang luas, saya sarankan untuk menanam durian Musang King kerana nilainya yang lebih tinggi berbanding tanaman lain.

Tidak mustahil sebenarnya tanam durian dikawasan rendah sekiranya tahu teknik yang betul menanam serta penjagaan yang baik, paling penting sistem pengaliran air yang bagus ketika berlaku hujan lebat.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny ien untuk dapatkan banyak lagi tips menarik, sekian terima kasih.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Kredit video Durian Traveller
Tutorial Cara Menanam Durian Di Kawasan Tanah Rendah, Bekas Sawah Padi Agar Berbuah Lebat Dan Subur Tutorial Cara Menanam Durian Di Kawasan Tanah Rendah, Bekas Sawah Padi Agar Berbuah Lebat Dan Subur Reviewed by Donny Ien on 10:32 Rating: 5

No comments