Manfaat Dan Khasiat Madu Lebah Yang Ramai Tidak Tahu. Begini Cara Nak Tahu Madu Lebah Ori Dengan Madu Asli Tiruan


Madu merupakan sejenis manisan berbentuk cecair yang dihasilkan oleh lebah seperti kelulut dan lebah hutan menggunakan nektar bunga.

Madu yang dihasilkan oleh lebah mempunyai sifat yang berlainan bergantung pada sumber makanan mereka namun manfaatnya adalah sama.

MANFAAT DAN KHASIAT

Menurut kajian yang saya baca di laman Wikipedia, madu dipercayai mampu membunuh bakteria dalam badan.

Ini kerana semasa lebah menyimpan madu dalam perut, satu protein akan terhasil iaitu defensin yang bertindak membunuh bakteria.

Rasanya ada banyak lagi khasiat madu ini yang tidak perlu saya jelasakan lagi kerana ianya memang terbukti berkesan sejak turun temurun. Contohnya mampu menyembuhkan ulser atau sakit tekak.

Pada artikel pagi selasa ini, saya mahu kongsikan cara mengetahui keaslian madu lebah melalui beberapa cara atau kaedah.

Cara pertama adalah, simpan madu dalam peti sejuk. Sekiranya madu tersebut menjadi beku dan lambat cair, madu itu adalah tiruan kerana sudah dicampur dengan air atau bahan lain.

Cara kedia adalah dengan meletakkan madu tersebut kedalam piring yang leper dan isikan sedikit air sehingga madu tersebut tenggelam. Pusingkan air sehingga kelihatan lubang-lubang timbul seperti sarang lebah. Madu tersebut adalah asli.

Image: sarang lebah hutan
Cara ketiga adalah dengan meletakkan madu keatas sehelai tisu kering, sekiranya madu tersebut meresap ke dalam tisu, ianya tidak asli dan mengandungi campuran air.\

Cara seterusnya adalah mencampurkan dengan air. Jika madu tenggelam, ia adalah asli, sebaliknya jika ia bercampur dengan air maka madu tersebut adalah tiruan. Madu asli tidak mengandungi air.

Cara lain adalah menuang madu keatas pasir. Jika madu tersebut merebak kedalam pasir, ia tidak asli. Madu bersifat padat dan melekat dan lambat cair.

Akhir sekali, madu yang asli tidak disukai oleh semut kerana aromanya yang kuat. Rasa manis semulajadi dan tidak ada campuran lain pada madu sebenarnya tidak digemari oleh semut.

Sekian dan semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page kami dan follow fb saya Donny ien. Terima kasih.
.
.
.
Berminat nak beli madu lebah asli? dijamin 100% ori. Whatsapp 0143016212 - area Kota Belud Sabah.


Manfaat Dan Khasiat Madu Lebah Yang Ramai Tidak Tahu. Begini Cara Nak Tahu Madu Lebah Ori Dengan Madu Asli Tiruan Manfaat Dan Khasiat Madu Lebah Yang Ramai Tidak Tahu. Begini Cara Nak Tahu Madu Lebah Ori Dengan Madu Asli Tiruan Reviewed by Donny Ien on 10:21 Rating: 5

No comments