Petua Mengatasi Masalah Seranggan Kumbang Pada Pokok Kelapa
Kumbang adalah serangga utama yang banyak merosakkan tanaman terutama pokok kelapa dan kelapa sawit.
Jika langkah pencegahan tidak diambil dengan segera, pertumbuhan pokok akan terbantut atau mati dan pastinya ia amat merugikan.
Ada beberapa cara untuk mengatasi serangga kumbang iaitu dengan menggunakan racun kimia dan sebagainya yang boleh dibeli di kedai pertanian.
Selain dari menggunakan bahan kimia, anda boleh cegah kehadiran kumbang dengan menggunakan ubat gegat.
Caranya letakkan 4 atau 5 biji ubat gegat untuk setiap pokok kelapa di celah-celah pokok kelapa. Bau yang kuat pada ubat gegat akan menghalau kumbang daripada mengorek umbut dan pucuk kelapa.
Ubat gegat ini boleh bertahan lama berbanding menggunakan racun semburan, dan juga amat menjimatkan kos. Cubalah!
Image: Aliexpress |
Sila tonton video di bawah. Kredit Kamalruzaman Ahmad
Atau klik link ini jika video tidak jelas https://www.facebook.com/ibnu.ahmad.31586/videos/2381467265420443/?t=0
Sekian sahaja artikel saya pada malam ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like page kami dan follow fb saya Donny Ien untuk dapatkan banyak lagi infomrmasi menarik.
Petua Mengatasi Masalah Seranggan Kumbang Pada Pokok Kelapa
Reviewed by Donny Ien
on
21:09
Rating:
No comments