Lelaki Ini Buktikan Pokok Durian Musang King Boleh Berbuah Dalam Pasu, Begini Caranya...


Sekarang ni sudah menjadi trend bercucuk tanam di halaman rumah walaupun tinggal di appartment dan tidak mempunyai tanah yang luas.

Antara cara menanam yang popular sekarang ialah kaedah hidroponik dimana ia bergantung sepenuhnya pada baja cecair dan tidak menggunakan sebarang penggunaan tanah.

Bagi peminat durian yang tidak mempunyai kawasan luas untuk menanam tapi teringin memiliki sepokok dua durian kesayangan di halaman rumah, anda boleh cuba tanam dalam pasu.

Pilih saiz pasu yang paling besar iaitu berukuran lebih kurang 25 cm x 25 cm. Selain itu bekas tong drum juga boleh digunakan untuk menanam durian. Gunakan tanah kuning + tanah kompos + cocopeat + sekam padi + baja subur + baja buah setelah usia pokok 4 tahun keatas.

Pastikan pokok disiram setiap hari dan membaja dengan baja subur sekali dalam 1 bulan. Saya sarankan guna baja subur organik NPK 15.15.15 selain vitamin pokok seperti Vitamin NANO, Chitosan dan sebagainya.

Sila tonton video dibawah, bukti pokok durian berbuah dalam pasu besar. Kredit Dream Fruit Seed



Sekian! semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow fb saya Donny Ien.
Lelaki Ini Buktikan Pokok Durian Musang King Boleh Berbuah Dalam Pasu, Begini Caranya... Lelaki Ini Buktikan Pokok Durian Musang King Boleh Berbuah Dalam Pasu, Begini Caranya... Reviewed by Donny Ien on 03:39 Rating: 5

No comments