Lepas Makan Durian, Buat Macam Ni Untuk Hilangkan Panas Badan Dan Bau Durian Melekat Pada Tangan


Siapa biasa buat macam ni lepas makan durian? saya baru tahu petua ni lepas tengok abang ipar minum air dari kulit durian... rupanya ada manfaat disebaliknya.

KENAPA PERLU MINUM AIR GUNA PANGSA DURIAN (SELEPAS MAKAN DURIAN)? - Antara PETUA dan Realiti SAINTIFIK

Selalunya sebahagian kita akan meminum air guna PANGSA DURIAN atau kulit selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa atau mabuk durian / badan terasa panas.

Bukan sekadar mitos

Menurut kajian yang dilakukan oleh ramai SAINTIS dan penulis sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah, menunjukkan terdapat banyak khasiat dan nutrisi yang TINGGI dalam KULIT buah khususnya ARI BUAH.

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science 3 ( 2015 ) 255 – 261 menunjukkan KULIT DURIAN bersifat antikencing-manis dan mampu mengawal kadar gula dalam darah atau diabetis.

Selain itu, kulit durian juga kaya dengan ENZIM SEMULAJADI contohnya poligalakturonase.

JUSTERU ITU, selepas makan durian, amalkan meminum air guna PANGSA durian untuk hilangkan panas badan dan mabuk durian.

Lagi bagus kalau PANGSA durian diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.

Selain itu, bagi menghilangkan bau kuat yang melekat pada tangan lepas makan durian, air dari pangsa durian juga mampu hilangkan bau durian, alirkan dari atas buah durian dan titiskan ke bawah untuk mencuci tangan.

Apapun, makanlah durian ikut kadarnya. Selamat Mencuba.

Dipetik dari page Dr Suri Roowi, Principal Scientist.

Jom baca apa kata nitizen...

"Dah mula musim durian ni. Ni tips dari Abg Azam. Kalau makan durian bnyak2 tu. Jgn lupa minum air dari kulit durian simpan garam sikit. Biar x mabok dan panas. Untuk hilang kan bau boleh juga cuci tangan dari air yang mengalir di kulit durian - nitizen

"ilmu sejukkan badan dah tahu. minum air guna kulit durian. ini petua tangan tak lekat bau durian. basuh tangan di bawah laluan air kulit luar durian. marvellous auntie. nanti 7 keturunan saya tahu ini - moyang ainun lutfiyyah









Semoga bermanfaat untuk semua blog PSP. Jangan lupa like dan follow fb saya Donny bin ien,
Lepas Makan Durian, Buat Macam Ni Untuk Hilangkan Panas Badan Dan Bau Durian Melekat Pada Tangan Lepas Makan Durian, Buat Macam Ni Untuk Hilangkan Panas Badan Dan Bau Durian Melekat Pada Tangan Reviewed by Donny Ien on 10:12 Rating: 5

No comments