Petua Menanam Pokok Kelapa Supaya Putik Melekat Pada Mayang Dan Tidak Gugur, Insyahallah Memang Berkesan...


Ada beberapa sebab pokok kelapa tidak berbuah, atau putik kelapa tidak melekat pada mayang iaitu kurang cahaya matahari, baja buah, faktor cuaca seperti hujan dan kurang agen pendebungaan.

Ada beberapa cara mengatasi masalah ini supaya putik melekat pada mayang, antaranya ialah meletakkan 2-3kg garam kasar di pangkal pokok. Lebih banyak lagi bagus.

Selain itu, anda boleh cuba menternak lebah atau kelulut di kawasan penanaman kelapa. Lebah ini boleh meningkatkan proses pendebungaan dan hasil buah kelapa dan tanaman lain.

Antara petua lain untuk meningkatkan pendebungaan putik kelapa ialah membakar rumput kering di bawah pokok kelapa supaya pokok lebih subur.\

Pokok kelapa sebaiknya tidak terlindung dari cahaya matahari, tebang pokok yang berhampiran supaya pokok kelapa dapat menerima cahaya yang cukup.

Petua terakhir ialah tabur dengan baja penggalak buah yang boleh dibeli dikedai pertanian atau secara online.
Image: Lee Mohamad





Sekian saja artikel petang ini, semoga bermanfaat. Jangan lupa like page PSP dan follow fb Donny ien.
Petua Menanam Pokok Kelapa Supaya Putik Melekat Pada Mayang Dan Tidak Gugur, Insyahallah Memang Berkesan... Petua Menanam Pokok Kelapa Supaya Putik Melekat Pada Mayang Dan Tidak Gugur, Insyahallah Memang Berkesan... Reviewed by Donny Ien on 17:24 Rating: 5

No comments