Tanam Sayur Ala Hidroponik Guna Bahan Terbuang Tapi Hasilnya Sungguh Menakjubkan!

Shallom guys! selamat datang dan terima kasih singgah di blog Pertanian Satu Perniagaan. Jangan lupa follow page PSP untuk dapatkan lebih banyak info pertanian. Kali ini saya kongsikan cara tanam sayur paling jimat dan senang, modal sekitar RM5 sahaja.


Ramai yang pasang niat nak berkebun di halaman rumah tapi terbantut disebabkan kekangan masa ditambah pula dengan harga peralatan yang digunakan agak mahal jika menggunakan kaedah hidroponik atau PVC.

Bagi yang tinggal di kawasan yang terhad, apa kata anda tiru style yang di kongsikan oleh akak Ateen Aslah. Memang menjimatkan ruang, jimat kos dan tak perlu siram. Sangat-sangat mudah iaitu hanya menggunakan bahan terbuang. Modal tak sampai RM5  tapi hasil yang sama dengan hasil tanaman menggunakan sistem hidroponik yang mahal.


JOMM BERKEBUN. MARI SINI SAYA AJAR KAMU TANAM SAYUR PALING JIMAT TENAGA, MASA DAN WANG. SAFE DUIT POKET. TAK PERLU BELI SAYUR. TANAM SENDIRI MAKAN PUN PUAS HATI. JANGAN BUANG CAWAN PLASTIK, BOLEH BUAT BEKAS TANAM HIDROPONIK. SUNGGUH MENJIMATKAN!


Cara-Cara Tanam Sayur Ala Hidroponik DIY

Bahan-bahan:

1. Cawan plastik terpakai
2. Tray atau besen empat segi beli kat kedai RM 2
3. Polystyrene beli dekat kedai alat tulis RM 2
4. Span basuh pinggan
5. Tali mop atau kain terbuang
6. Benih sayur sawi atau apa-apa jenis sayur
7. Baja AB, beli kat kedai kimia, murah je ni

Cara-cara:

1. Potong polystyrene ikut saiz tray RM 2 tadi

2. Susun cawan atas polystyrene seperti gambar dibawah untuk buat lakaran lubang, jarak lubang lebih kurang 2 inci


3. Potong lakaran tadi menggunakan pisau

4. Guna gunting untuk buat dua lubang kecil pada bucu cawan, lihat gambar dibawah



5. Lepas siap buat lubang di kanan dan kiri, masukkan kain atau tali mop seperti gambar di bawah




6. Susun cawan atas polystyrene yang telah di tebuk tadi


7. Potong span basuh pinggan berukuran 1×1 inci dan potong sedikit ditengah untuk meletakkan benih sayur yang tenah disemai


8. Celupkan span hinggah basah dengan baja AB dan semai biji benih atau masukkan anak pokok sayur pada bahagian belahan yang telah disediakan


9. Masukkan benih sayur ke dalam cawan dan bancuh kan baja AB Ke dalam besen.


10. Tadaa! inilah hasilnya yang cukup subur dan sedia untuk dijadikan menu sayur malam ni. yumyum...



Selamat mencuba! 

Jangan lupa follow fb saya Donny Ien untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.
Tanam Sayur Ala Hidroponik Guna Bahan Terbuang Tapi Hasilnya Sungguh Menakjubkan! Tanam Sayur Ala Hidroponik Guna Bahan Terbuang Tapi Hasilnya Sungguh Menakjubkan! Reviewed by Donny Ien on 09:21 Rating: 5

No comments