Hanya Guna Yakult Dan Telur Buat ‘Booster Plant’. Pokok Sendu Terus Jadi Merimbun
Hanya Guna Yakult Dan Telur Buat ‘Booster Plant’. Pokok Sendu Terus Jadi Merimbun.
Bahan-bahannya simple ja iaitu sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau saiz apa janji ia telur ayam dan bukan telur buaya. Tolong sorokkan yakult itu supaya tidak diminum anak-anak kau, diorang ingat kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Step pertama, campurkan minuman yakult dan 2 biji telur dalam satu bekas botol kaca atau plastik dan tutup dengan kemas. Goncang dan peram selama 3-5 hari. Letak di tempat yang tidak diketahui oleh anak-anak kau, kalau tak habis dimakannya.
Selepas 3 hari ambil 2 sudu hasil dari peraman dan campurkan dengan air. Hati-hati ketika membuka penutup botol peraman tadi kerana ada kes penutup botol terpelanting dan meletup. tak pasal-pasal lebam muka kau.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air. Jangan lebih jangan kurang yer...kena ikut sukatan yang saya beritahu ni...
Boleh gunakan air hujan, air tapis atau air bancuhan beras, mana-mana satu pun boleh, kalau tiada semua tu guna air paip berklorin bun boleh ja. Balance air semburan dalam botol tadi boleh simpan dalam peti ais.
Lepas tu kau keluar rumah kau sembur lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada pokok, daun, batang dan tanah di pasu. Spray tanpa was-was ya. Spray sekali dalam seminggu pun boleh. Kalau mau 2-3 hari sekali pun boleh lagi bagus lagi cepat subur pokok kau.
Ini contoh yang saya spray pada daun limau purut, Kemudian selang beberapa hari saya lihat semula pokok tu...
Tadaaaa! nampak tak anak pucuk naru! bayangkan kalau kita spray pada sayur-sayuran dan pokok buah-buahan, mestilah mereka cepat membesar dan berbuah dengan lebat kan! pastinya kita akan dapat menikmati hasil tanaman sendiri yang super sihat dan bebas dari bahan kimia. mudah kan?
Lagi contoh bunga tahi ayam yang saya tanam dalam pasu. dari nampak layu dan tak bermaya terus lebat bunganya sampai daun tenggelam. Betul lah kata pepatah berbudi pada tanah akan membawa hasil yang menguntungkan. Mata dan minda kita dapat berehat melihat kehijauan pokok dan terhasillah segala hormon gembira dari tubuh dan muncullah perasaan gembira dalam hati.
Please ya guys buat lepas ni, Daripada suka membawang lebih baik hidup dengan tenang dengan pokok yang menghijau di halaman rumah.
Hidup telur!
Sumber: Suhaili Baharudin

Reviewed by Donny Ien
on
02:44
Rating:
No comments